Announcement
A- A A+

SOP Perlombongan & Pengkuarian Fasa 1 telah diluluskan pd 17.7.21 membolehkan lombong/kuari di Neg. Fasa 1 menjlnkan operasi dgn kapasiti pekerja tidak melebihi 60%. Permohonan kpd dengan menyertakan SKSPM/SKSK, bil pekerja (perlu dan jumlah). Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengeluarkan SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) berfasa mulai 5 Julai 2021 bagi mengemas kini SOP yang sedia ada sebelum ini. Di samping itu MKN juga mengeluarkan SOP khusus berfasa mengikut sektor akitiviti. Dalam konteks JMG dan industri perlombongan dan pengkuarian, SOP khusus berfasa terbaharu Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2 – SOP Perlombongan dan Pengkuarian (P&P) yang telah diluluskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) kepada KeTSA bertarikh 8.7.21.

Dalam PPN Fasa 2 SOP P&P, aktiviti-aktiviti yang dibenarkan berkaitan Sektor P&P ialah seperti yang berikut:

  1. Pembekalan Mineral/Bahan Batuan
  2. Pengoperasian Lombong/Kuari; dan
  3. Pengeksportan Mineral/Bahan Batuan

Sehubungan itu, pengusaha lombong/kuari yang ingin memohon kebenaran bagi (a) atau/dan (b) boleh mengemukakan e-mel kepada dengan menyatakan tujuan permohonan dan menyertakan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti di bawah:

  1. Pembekalan Mineral/Bahan Batuan
    1. kuantiti stokpil; dan
    2. bilangan pekerja ≤ 80% jumlah pekerja
  2. Pengoperasian Lombong/Kuari
    1. SKSPM/SKSK/Permit 4B/4C atau kebenaran lain Pihak Berkuasa Negeri yang sah; dan
    2. bilangan pekerja ≤ 80% jumlah pekerja

Walau bagaimanapun, bagi permohonan kebenaran untuk (a) dan (b), pengecualian diberi kepada pengusaha lombong/kuari yang telah memiliki kebenaran sebelum ini daripada SOP P&P Fasa 1 bertarikh 17.6.21 di mana mereka diberi kebenaran secara automatik mengikut mana yang berkenaan iaitu:

  • Kebenaran Pembekalan Mineral/Bahan Batuan Daripada Stokpil Sedia ada kepada Pembekalan Mineral/Bahan Batuan; dan
  • Kebenaran Penjagaan dan Penyelenggaraan kepada Kebenaran Pengoperasian Lombong/Kuari 

pdfSOP SEKTOR PERLOMBONGAN DAN PENGKUARIAN FASA 2

pdfSOP SEKTOR PERLOMBONGAN DAN PENGKUARIAN FASA 1

pdfGARIS PANDUAN SEKTOR PERLOMBONGAN DAN PENGKUARIAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN TOTAL LOCKDOWN FASA 1 (1 HINGGA 14 JUN 2021)

pdfCARTA ALIR PERMOHONAN PEMBEKALAN MINERAL/BAHAN BATUAN DARIPADA SUMBER STOKPIL KEPADA SEKTOR PEMBINAAN BAGI PROJEK KRITIKAL (PROJEK PEMBINAAN/PENYELENGGARAAN/PEMBAIKAN)

pdfCARTA ALIR PERMOHONAN AKTIVITI PENJAGAAN DAN PENYELENGGARAAN LOMBONG DAN KUARI

pdfBORANG_PERMOHONAN_KEBENARAN_OPERASI_PEMBEKALAN_BAHAN_MINERAL_BATUAN.pdf

pdfBORANG PERMOHONAN KEBENARAN OPERASI PENJAGAAN DAN PENYELENGARAAN LOMBONG DAN KUARI

Online Services

Contact Information

Department of Mineral and Geoscience Malaysia,
Aras 9, Menara PjH,
No. 2, Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 2, 62100 PUTRAJAYA.

Tel: (+603) 88716000
Fax: (+603) 88716145/46
Email: helpdesk [at] jmg [dot] gov [dot] my

Stay Connected

Facebook-icon Twitter-icon Youtube-icon Blogger-icon RSS-icon
Mobile-icon jmg mobile qr code mobile apps icon
 
isms

Most Popular Keywords

Your browser doesn't support canvas.