Newspaper Clippings, Statements or Articles
A- A A+

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) menerajui projek Penghasilan Peta Bahaya dan Risiko Cerun (PBRC) bagi memetakan secara terperinci kawasan cerun berbahaya dan berisiko di lokasi-lokasi yang telah dikenal pasti di seluruh negara. Dengan pendekatan teknologi terkini dan pendekatan rentas bidang, PBRC bermaklamat untuk membolehkan pengurusan tanah dan cerun secara mampan dan menyeluruh ke arah membina masyarakat berdaya tahan dalam menghadapi bahaya tanah runtuh.

Sejak tahun 1973 hingga 2018, sebanyak 400 kejadian tanah runtuh telah direkodkan mengakibatkan kehilangan lebih 600 nyawa dengan kerugian tiga bilion ringgit. Kita pastinya tidak dapat melupakan insiden Highland Towers, yang mengakibatkan 48 nyawa terkorban. Kebiasaanya, tanah runtuh di Malaysia berpunca daripada faktor cuaca buruk seta pengurusan cerun yang tidak berkesan. Jika sekirannya kita tidak mengambil ikhtibar daripada kegagalan dan kesilapan lampau, isu ini akan menjadi lebih meruncing.

Bagi memastikan isu-isu persekitaran dan sosioekonomi yang diakibatkan oleh bencana tanah runtuh diuruskan dengan baik, perancangan yang efektif dan berkesan, rekabentuk, pembinaan dan usaha penyelenggaraan adalah penting terutamanya dalam memastikan pembangunan tanah tinggi yang selamat serta menjimatkan kos.

Kita perlu sedar bahawa Malaysia merupakan negara membangun di kawasan tropika. Proses urbanisasi yang pesat serta keadaan cuaca buruk akan mengakibatkan Malaysia terdedah kepada bencana geologi seperti tanah runtuh. Kita perlu menangani masalah ini dengan segera dan kita amat perlu kepada penyelesaian yang berkesan. Menyedari akan hal ini, Malaysia perlu berperanan aktif dalam memastikan kejayaan Sendai Framework For Disaster Risk Reduction 2015-2030 yang telah diperakui oleh Bangsa-Bangsa Bersatu.

Kerangka ini telah menggariskan tujuh sasaran utama dan empat langkah utama bagi mengelakkan risiko baru dari berlaku akibat bencanas selain mengurangkan risiko sedia ada.

Untuk tujuan ini, JMG di bawah naungan Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli telah dipertanggungjawabkan oleh Jabatan Perdan Menteri bagi mengetuai satu inisiatif kebangsaan di bawah Pelan Induk Cerun Negara (PICN) 2009-2023 bagi mengurangkan risiko serta membina daya tahan masyarakat terhadap kejadian bencana melalui Projek PBRC.

Pada ketika inilah kerajaan telah memulakan projek Peta Bahaya dan Risiko Cerun atau (PBRC) bagi mengenal pasti dan melakukan pemetaan bahaya dan risiko cerun dengan berkesan.

PBRC adalah projek perintis nasional meliputi pengkibatan pemegang taruh dengan pendekatan pelbagai bidang dalam menilai bahaya cerun yang rumit serta risiko di Malaysia.

Online Services

Contact Information

Department of Mineral and Geoscience Malaysia,
Aras 9, Menara PjH,
No. 2, Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 2, 62100 PUTRAJAYA.

Tel: (+603) 88716000
Fax: (+603) 88716145/46
Email: helpdesk [at] jmg [dot] gov [dot] my

Stay Connected

Facebook-icon Twitter-icon Youtube-icon Blogger-icon RSS-icon
Mobile-icon jmg mobile qr code mobile apps icon
 
isms

Most Popular Keywords

Your browser doesn't support canvas.