Newspaper Clippings, Statements or Articles
A- A A+

geopark perlis 2Shamsul Anuar mengimbas kod bar Bukit Jernih sebaik tiba pada lawatan kerja ke Aspiring Perlis Geopark di Geotapak Bukit Jernih hari ini.

PADANG BESAR - Pembangunan tapak Geopark tidak akan menghalang unsur-unsur pembangunan yang lain, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Bagaimanapun beliau berkata, pembangunan yang dilakukan di tapak Geopark perlulah selari dengan usaha menjaga warisan yang terdapat di tapak tersebut kerana ia mempunyai nilai yang sangat tinggi kepada generasi akan datang.

“Geopark ini adalah satu usaha untuk mengekalkan warisan (alam semula jadi) yang ada, di samping ia memberi banyak kebaikan kepada komuniti dan sosioekonomi seperti peluang perniagaan, perkembangan sektor pelancongan dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Aspiring Perlis Geopark, di Bukit Jernih dekat sini pada Ahad.Shamsul Anuar yang juga Ahli Parlimen Lenggong berkata, pihak kementerian dan kerajaan negeri Perlis sedang berusaha mempercepatkan pembangunan Geopark Perlis sebagai Geopark Kebangsaan.

“Setiap Geopark di negara ini mempunyai keistimewaan dan nilai yang berbeza antara satu sama lain, jika dilihat di Perlis terdapat batu-batuan yang bernilai tinggi dan usianya melebihi 400 hingga 500 juta tahun.Katanya, di Perlis terdapat 18 tapak Geopark dan sebanyak enam tapak telah dibangunkan.

“Bagi membangunkan 12 lagi tapak Geopark, pihak kementerian telah memperuntukkan RM300,000 dan RM600,000 untuk pembangunan makmal dan kajian pelbagai biologi,” katanya.

Online Services

Contact Information

Department of Mineral and Geoscience Malaysia,
Aras 9, Menara PjH,
No. 2, Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 2, 62100 PUTRAJAYA.

Tel: (+603) 88716000
Fax: (+603) 88716145/46
Email: helpdesk [at] jmg [dot] gov [dot] my

Stay Connected

Facebook-icon Twitter-icon Youtube-icon Blogger-icon RSS-icon
Mobile-icon jmg mobile qr code mobile apps icon
 
isms

Most Popular Keywords

Your browser doesn't support canvas.