Integrity Complaint Form
A- A A+

Pemantauan kualiti udara

Dalam tahun 2013, jabatan telah menjalankan kerja-kerja pengukuran kualiti udara dan  pemantauan habuk di kuari-kuari, kawasan perumahan, projek pembangunan dan juga kawasan pelupusan sisa industri bagi mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Di samping kerja-kerja pemantauan kualiti udara, khidmat analisis sampel habuk yang diperolehi melalui kaedah Dustfall Deposition Gauge (DDG) juga dijalankan. Turut dilaksanakan ialah kerja-kerja pengukuran gegaran bumi dan ledakan udara.

Hasil Kerja

Jenis Pemantauan Bilangan kerja Nilai Kerja (RM)
Agensi Kerajaan Sektor Swasta
JMG Luar Jabatan Lombong / Kuari Perumahan Lain –lain

Habuk

i.  HVS

ii. DDG

 

-

-

 

-

-

 

18

-

 

37

-

 

4

1

 

14,750.00

80.00

Gegaran dan Ledakan Udara 2 - 6 - - 600.00
Bunyi - - - - - -
Jumlah 2 - 24 37 5 15,430.00

Latihan

Kursus/Bengkel  Tarikh & Tempat  Peserta 

Kursus Penilaian Rekod Peletupan Menggunakan Seismograf

26 -28 March 2013
Telok Batik, Lumut, Perak
25 orang Penolong Pegawai dan Pembantu Galian 

Kursus Siasatan Kemalangan Lombong dan Kuari

27-30 May 2013
Kampar, Perak
27 orang Penolong Pegawai dan Pembantu Galian.

Taklimat Peraturan-Peraturan Mineral di Bawah Akta Pembangunan Mineral 1994

2-3 September 2013
Ipoh, Perak
Semua Timbalan Pengarah (Lombong Kuari) dan Pegawai Galian dari JMG seluruh Malaysia.

Perundangan

Pada 2013, JMG terus terlibat dengan penggubalan beberapa peraturan di bawah Akta Pembangunan Mineral 1994 bersama-sama dengan Pejabat Penasihat Undang-Undang NRE. Hasilnya, pada 21 November 2013, Peraturan-Peraturan Pembangunan Mineral (Peletupan) 2013 [P.U. (A) 343] telah diluluskan. Peraturan ini adalah berkenaan perakuan pembedil serta penggunaan, penyimpanan, dan pengendalian bahan letupan di tenemen mineral.

Peperiksaan Pembedil

Sebanyak tujuh peperiksaan pembedil amali telah dikendalikan untuk seramai 30 orang calon dari negeri Johor, Perak, Selangor, Kedah, Terengganu dan Pahang.

Sesi  Tarikh  Pusat peperiksaan  Bilangan calon  Calon lulus Peratusan lulus
1 11 April 2013 6 45 36 80%
2 11 July 2013 7 65 44 68%
3 10 October 2013 8 46 31 67%

Aktiviti-aktiviti Lain

Jabatan juga menerima lawatan sambil belajar dan membantu para pelajar IPTA/IPTS menjalankan ujikaji dengan menggunakan kemudahan makmal kejuruteraan. Pelajar-pelajar dari UTM Space, Universiti Teknologi Petronas dan Politeknik Ungku Umar, Ipoh telah menjalankan ujian pencirian ke atas batuan.

hvs 2013Penggunaan alat HVS untuk kerja pemantauan habuk di kawasan kuari, Temoh, Perakamali 2013Latihan amali pemeriksaan muka kuari yang runtuh semasa Kursus Siasatan Kemalangan Lombong dan Kuari, Simpang Pulai, Perak

Antara fungsi jabatan ialah menentukan aktiviti-aktiviti perlombongan mineral dan yang berkaitan dijalankan secara selamat, efisien dan sistematik. Ini termasuklah aktiviti seperti membuat pemeriksaan ke atas operasi perlombongan/pengkuarian, pengeluaran kebenaranberoperasi dan lesen disamping memberi khidmat nasihat serta perkhidmatan pemantauan dan kepakaran.

Aktiviti-aktiviti seperti pemeriksaan lombong yang dijalankan oleh jabatan sedikit sebanyak adalah bergantung kepada kerancakan industri perlombongan negara. Pada 2013, secara amnya industri perlombongan Malaysia masih mengekalkan tahap kerancakan yang tinggi walaupun pengeluaran lombong menunjukkan sedikit penurunan berbanding 2012.

Negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung seperti Pahang, Kelantan dan Terengganu masih terus mengekalkan tahap aktiviti perlombongan yang rancak.

Pemeriksaan Teknikal Operasi Lombong dan Kuari

Tugas penguatkuasaan undang-undang dan kawalseliaan operasi perlombongan, pengkuarian dan pemprosesan mineral melibatkan pemeriksaan di lapangan. Ia bertujuan memastikan pematuhan terhadap syarat-syarat lesen atau kelulusan yang biasanya mengenai keselamatan dan penjagaan alam sekitar. Pemeriksaan ini juga adalah sebahagian daripada proses penyediaan laporan untuk permohonan-permohonan tenemen mineral, kerja peletupan dan sebagainya seperti aduan atau kejadian kemalangan di lombong dan kuari.

Dalam tahun 2013, jabatan telah melakukan sebanyak 1,401 pemeriksaan operasi perlombongan, 1,440 pemeriksaan operasi kuari, 437 pemeriksaan kilang amang dan loji pemprosesan mineral, serta 145 pemeriksaan ke atas urusniaga kedai bijih mineral dan emas mentah.

Selain itu, sebanyak 338 penilaian teknikal dan pememeriksaan tapak peletupan untuk kerja pembangunan juga telah dijalankan.

Pemantauan dan Kawalseliaan Aktiviti Perlombongan dan Pengkuarian

Tugas pemantauan dan pengawalseliaan yang dijalankan ke atas aktiviti perlombongan dan pengkuarian adalah untuk memastikan aktiviti perlombongan dan pengkuarian dijalankan secara teratur dan sistematik, mengikut amalan kejuruteraan terbaik dan mematuhi peruntukan perundangan. Aspek keselamatan operasi perlombongan adalah tertakluk di bawah Akta Pembangunan Mineral 1994 dan bagi operasi pengkuarian pula adalah tertakluk di bawah Peraturan Kuari negeri.

Isu pencemaran alam sekitar yang sering dikaitkan dengan aktiviti perlombongan dan pengkuarian adalah melibatkan pencemaran air dan udara serta gegaran bumi, habuk, dan ledakan udara (bunyi) yang diakibatkan oleh peletupan. Bagi memastikan aktiviti perlombongan dan pengkuarian dan peletupan dijalankan dengan baik maka pemeriksaan dan pemantauan berkala dilaksanakan. Pada 2013, sebanyak 89 persampelan efluen lombong dan 655 kerja ukur gegaran dan pemantauan peletupan telah dijalankan.

Pihak jabatan amat mengambil perhatian terhadap aduan pihak awam berkaitan aktiviti perlombongan dan pengkuarian. Semua aduan yang diterima akan disiasat dan diberikan perhatian sewajarnya dengan segera. Sejumlah 90 aduan telah diterima dan disiasat manakala sebanyak 43 perintah dan arahan telah dikeluarkan kepada pengusaha.

Pelesenan

Dalam tahun 2013, jabatan telah mengeluarkan 192 Skim Pengendalian Melombong di bawah Akta Pembangunan Mineral 1994 dan 125 Surat Kebenaran Pengkuarian di bawah Peraturan Kuari negeri.

Jabatan masih terus menguatkuasakan Enakmen Bijih Mineral/Emas Negeri di mana sejumlah 251 Lesen Bijih Mineral, 5 Lesen Pembeli Emas Mentah, 171 Permit Mengangkut Bijih Padat Timahtelah dikeluarkan.

Berkenaan pengeksportan mineral/bahan batuan, sebanyak 976 dan 1,005 surat penilaian teknikal untuk eksport mineral dan bahan batuan masing-masingnya telah diproses.

penanti 2013Pemantauan gegaran dan ledakan udara dari kerja peletupan kuari-kuari di Penanti, Pulau Pinangprojek besar empangan mengkuang 2013Pembinaan terowong bagi Projek Pembesaran Empangan Mengkuang, Pulau Pinang

bayan lepas 2013Kawasan tapak letupan ditutup dengan jaring besi, kanvas dan guni pasir bagi letupan projek pembangunan di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Jarak ialah 20 meter dari kilangkolong sintok 2013Pemeriksaan kolong lombong tungsten di Sintok, Kedah

sampel air efluen 2013Pengambilan sampel air di sungai berdekatan dengan sebuah lombong bijih timah untuk ujian efluen

Jabatan memberi perkhidmatan teknikal dan kepakaran dalam bidang perlombongan, pengkuarian dan pemprosesan mineral, penyediaan garis panduan dan peraturan mengenai keselamatan, pemulihan tanah lombong, pengendalian bahan letupan dan bahan toksik. Ini termasuk pengendalian latihan kepada pegawai dan kakitangan dalaman serta juga agensi-agensi kerajaan lain. Selain itu jabatan juga bertanggungjawab mengendalikan, memperaku dan memantau kompetensi pemegang Sijil Pembedil (Shotfirer Certificate) di Malaysia bagi individu yang menjalankan aktiviti peletupan di lombong dan kuari.

Permit/Lesen Perlombongan dan Pengkuarian

Permit/Lesen Pengeluar Permit Catitan
Lesen Mencarigali & Lesen Penjelajahan Pihak berkuasa negeri Enakmen Mineral Negeri/Ordinan Mineral. JMG adalah ahli J/Kuasa Sumber Mineral Negeri
Pajakan Melombong Pihak berkuasa negeri Enakmen Mineral Negeri/Ordinan Mineral. JMG adalah ahli J/Kuasa Sumber Mineral Negeri
Pas Mendulang Pihak berkuasa negeri Enakmen Mineral Negeri/Ordinan Mineral
Lesen Melombong Individu Pihak berkuasa negeri Enakmen Mineral Negeri/Ordinan Mineral
 Lesen Memfosik  Pihak berkuasa negeri  Enakmen Mineral Negeri/Ordinan Mineral
Lesen Melombong Tuan Punya Pihak berkuasa negeri Enakmen Mineral Negeri. JMG adalah ahli J/Kuasa Sumber Mineral Negeri
Sijil Pembedil JMG Perlu menduduki peperiksaan pembedil yang dikendalikan oleh JMG
Lesen Pembeli Emas JMG Enakmen Pembeli Emas Mentah. Permohonan dibuat di JMG negeri, Fi tahunan RM10
Lesen Bijih Mineral JMG Enakmen Bijih Mineral. Permohonan dibuat di JMG negeri, Fi tahunan RM100
Skim Pengendalian Melombong JMG Akta Pembangunan Mineral 1994. Permohonan dibuat di JMG negeri, tiada Fi dikenakan
Surat Kelulusan Operasi Pengkuarian JMG Kaedah-kaedah Kuari Negeri, Seksyen 14 Kanun Tanah Negara. Permohonan dibuat di JMG negeri, tiada Fi dikenakan
Permit Pemindahan Bijih Padat Timah JMG (Peraturan 3(1) Peraturan-peraturan Kawalan Timah). Permohonan dibuat di JMG negeri, tiada Fi dikenakan
Permit Eksport (Mineral dan Batuan) NRE Akta Kastam 1967. JMG adalah ahli J/kuasa Permit Mineral (JAPEM)
Permit Import (Mineral dan Batuan) MITI Akta Kastam 1967

Carta Proses Merealisasikan Sebuah Lombong

carta proses merealisasikan sebuah lombong

Maklumat Asas Lesen Carigali

DEFINISI OPERASI SKALA BESAR
Melebihi salah satu daripada berikut:
  • Alluvial = 3.5 juta meter padu/tahun.
  • Bawah tanah = 100,000 ton/tahun.
  • Dedah = 300,000 ton/tahun. 
Menggunakan salah satu daripada berikut:
  • Penggunaan meluas bahan letupan
  • Continuous floatation circuit
  • Penggunaan meluas bahan toksid 
  • Pelaburan infrastruktur & modal melebihi RM150 juta
  •  Melebihi 250 pekerja;

 

Perkara  Seksyen (Perkara)  Lesen Mencarigali  Lesen Menjelajah 
Sasaran   Alluvial Batuan keras
Luas kawasan  48(1)
48(2)
48(3)
25- 400 hektar
kawasan bersebelahan
≤800 hektar
400 - 20,000 hektar
kawasan bersebelahan ≤40,000 hektar
Tempoh Lesen 43(1) Maksimum 2 tahun Maksimum 10 tahun
Tempoh
Pembaharuan
43(4) &
43(5)
2 tahun 5 tahun
Permohonan
Pembaharuan
43 (2) (a) &
43 (2) (b)
Tidak lewat 6 bulan sebelum tamat lesen Tidak lewat 12 bulan sebelum tamat Lesen.

Permit Eksport Mineral dan Bahan Batuan

Kuasa meluluskan permit eksport untuk mineral dan bahan batuan diberikan kepada NRE mulai 22 September 2007. Kelulusan permit eksport mineral dan bahan batuan diputuskan oleh Jawatankuasa Permit Eksport Mineral (JAPEM). Surat Penilaian Teknikal daripada JMG berserta dokumen sokongan berikut diperlukan bagi kelulusan Approved Permit for Mineral and Ores of All Kind (AP).

  1. Surat permohonan
  2. Profil syarikat (berserta ROC, Borang 24 & Borang 49 dan M&A) – bagi permohonan pertama kali
  3. Borang Kastam K2 (lengkap ditaip tanpa pindaan)
  4. Pesanan pembelian dan proforma Invois (berserta butir-butir pengimport)
  5. Kebenaran Pihak Berkuasa Negeri bagi mengeluarkan dan mengalihkan mineral atau bahan batuan (Borang 4C dan lain-lain)
  6. Surat kuasa (supply agreement) sebagai agen pengeksport (jika berkaitan)
  7. Kontrak jual-beli antara pengeksport dan pembeli di luar negara
  8. Dokumen penghantaran (Bukti barge atau lain-lain pengangkutan)
  9. Kegunaan dan harga item yang dieksport

Bagi Permit Eksport Pasir Silika, pemohon disyaratkan mematuhi perkara-perkara berikut:

  1. Pasir silika bergred tinggi sahaja (SiO2 > 95%) yang dibenarkan.
  2. Pengesahan daripada pengimport/pembeli bahawa ia akan digunakan dalam industri pembuatan.
  3. Pengeksport memiliki loji pemprosesan/surat kebenaran dari pemilik loji memproses pasir silika.
  4. Salinan keputusan analisis kimia dari makmal JMG atau SIRIM bagi pasir silika.
  5. Pasir silika yang hendak dieksport perlulah dibungkus mengikut spesifikasi tertentu (jumbo bag 50kg atau 1 tan) atau di dalam kontena yang khusus (bulk carrier).
  6. Permohonan hanya diluluskan setelah kesemua syarat yang disenaraikan dipenuhi oleh pemohon. Bagi memenuhi syarat yang telah ditetapkan, terlebih dahulu pemohon perlu menyediakan stockpile yang secukupnya setara dengan permohonan. Stockpile tersebut mestilah siap dibungkus menggunakan jumbo bag dan sedia untuk dieksport.

Bilangan Lombong Tahun 2013

Jumlah: 174 lombong

bilangan lombong 2013

Bilangan Kuari Tahun 2013

Jumlah: 356 kuari

bilangan kuari 2013

Kawasan Perlombongan di Semenanjung Malaysia, 2013

kawasan perlombongan semenanjung 2013

Kawasan Perlombongan Sarawak, 2013

kawasan perlombongan sarawak 2013

Kawasan Perlombongan Sabah, 2013

kawasan perlombongan sabah 2013

Selain menjalankan pengawalseliaan dan pemantauan ke atas operasi perlombongan dan pengkuarian, JMG juga berperanan memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak Berkuasa Negeri, agensi kerajaan serta pihak swasta berkaitan dengan pembangunan industri mineral.

Sejumlah 648 permohonan baru/pembaharuan untuk Lesen Carigali/Lesen Penjelajahan dan Pajakan Melombong, 86 permohonan untuk tapak kuari dan 29 Laporan Kajian Impak Alam Sekitar (EIA) telah diproses dan dibuat ulasan. Selain itu sebanyak 154 laporan teknikal lain telah disediakan kepada pelbagai agensi. Pihak jabatan juga telah mengambil tindakan terhadap 2,105 pertanyaan berkaitan aktiviti perlombongan dan pengkuarian.

Sejumlah 485 laporan pembebasan mineral telah disediakan bagi membantu pihak berkuasa membuat pertimbangan dan perancangan yang baik serta mengelakkan pemajiran dan seterusnya pembaziran enapan mineral.

Aktiviti-aktiviti lain

Pihak jabatan juga menjalankan dialog, seminar dan pameran bagi meningkatkan kesedaran pihak awam terhadap industri mineral serta juga  sebagai wadah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk berkaitan dengan aktiviti perlombongan dan pengkuarian. Sebanyak 24 seminar/dialog/pameran telah dibuat pada 2013.

Online Services

Contact Information

Department of Mineral and Geoscience Malaysia,
Aras 9, Menara PjH,
No. 2, Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 2, 62100 PUTRAJAYA.

Tel: (+603) 88716000
Fax: (+603) 88716145/46
Email: helpdesk [at] jmg [dot] gov [dot] my

Stay Connected

Facebook-icon Twitter-icon Youtube-icon Blogger-icon RSS-icon
Mobile-icon jmg mobile qr code mobile apps icon
 
isms

Most Popular Keywords

Your browser doesn't support canvas.