Integrity Complaint Form
A- A A+

emp

Garis panduan ini merupakan dokumen rujukan kaedah eksplorasi mineral perindustrian, meliputi kajian di lapangan dan analisis di makmal. Dokumen ini disediakan oleh pegawai-pegawai yang berpengalaman dalam kajian pelbagai bidang mineral perindustrian bertujuan menyediakan satu teknik eksplorasi dan analisis yang seragam bagi seluruh Jabatan. la merupakan sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan kualiti dan kepakaran di Jabatan ini.

Kaedah-kaedah kajian dan analisis yang disarankan dalam garis panduan ini berdasarkan pengalaman Jabatan dalam bidang ini dan sesuai dengan situasi kewujudan longgokan di Malaysia. Adalah diharapkan garis panduan ini diguna pakai oleh semua pegawai di Jabatan ini agar semua kajian mineral perindustrian dilaksanakan secara sistematik, seragam dan mematuhi piawaian yang ditetapkan.

Senarai kandungan:

Garis panduan ini boleh diperolehi daripada:

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia
Lantai 20, Bangunan Tabung Haji,
Jalan Tun Razak,
50658 Kuala Lumpur.

Tel: 03-21611033
Faks: 03-21611036

Harga: RM 50.00

sop sbtr

Prakata

Kejadian tanah runtuh merupakan fenomena geobencana yang sering berlaku di negara ini, yang mengakibatkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda. Setiap kali berlakunya bencana tanah runtuh, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) akan terlibat secara langsung dalam siasatan untuk menentukan faktor-faktor geologi yang menjadi punca berlakunya kejadian tersebut.

Prosedur Operasi Standard (POS) Siasatan Bencana Tanah Runtuh ini bertujuan mewujudkan satu mekanisma pengurusan yang memperincikan peranan dan tanggungjawab Pegawai Kajibumi serta kakitangan JMG yang terlibat dalam siasatan bencana tanah runtuh. la akan membolehkan tindakan diambil secara lebih kemas, selaras dan teratur serta memudahkan mekanisma kerjasama dalam pengurusan bencana bersama agensi lain di peringkat Negeri dan Persekutuan. Penyediaan POS adalah selaras dengan peranan Pegawai Kajibumi mengikut Akta Penyiasatan Kajibumi 1974 yang memberi kuasa kepada Pegawai Kajibumi menjalankan siasatan geologi di mana-mana kawasan di Malaysia.

Adalah diharapkan POS ini dapat digunakan sebagai rujukan bagi melahirkan pegawaipegawai JMG yang berkebolehan, cekap dan profesional dalam menyelesaikan siasatan bencana tanah runtuh. Akhir sekali saya mengucapkan tahniah kepada Kumpulan Kerja Geologi Kejuruteraan Jabatan dan semua pihak atas usaha dan komitmen serta idea yang telah disumbangkan dalam menyediakan POS Siasatan Bencana Tanah Runtuh ini.

Dato' Yunus bin Abdul Razak
Ketua Pengarah
Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia

Ogos 2012

Senarai Kandungan

Prosedur operasi standard ini boleh diperolehi daripada:

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia
Lantai 20, Bangunan Tabung Haji,
Jalan Tun Razak,
50658 Kuala Lumpur.

Tel: 03-21611033
Faks: 03-21611036

Harga: RM 50.00

Online Services

Contact Information

Department of Mineral and Geoscience Malaysia,
Aras 9, Menara PjH,
No. 2, Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 2, 62100 PUTRAJAYA.

Tel: (+603) 88716000
Fax: (+603) 88716145/46
Email: helpdesk [at] jmg [dot] gov [dot] my

Stay Connected

Facebook-icon Twitter-icon Youtube-icon Blogger-icon RSS-icon
Mobile-icon jmg mobile qr code mobile apps icon
 
isms

Most Popular Keywords

Your browser doesn't support canvas.