Sistem Pengurusan Latihan Industri JMG merupakan sebuah platform bersepadu atas talian yang dibangunkan bagi menguruskan keseluruhan proses latihan industri di Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia.
Sistem ini merangkumi semua peringkat utama termasuk permohonan, penempatan pelajar, kelulusan penempatan, penghantaran laporan, penilaian prestasi, dan pengeluaran sijil tamat latihan. Ia direka bentuk dengan antara muka yang mesra pengguna serta aliran kerja yang sistematik untuk meningkatkan kecekapan, ketelusan dan keberkesanan pengurusan latihan industri.
Sistem ini dibangunkan dan diselenggara oleh Unit Pengurusan Web dan Portal, Cawangan Pengurusan Maklumat, Ibu Pejabat JMG Putrajaya sebagai sebahagian daripada inisiatif pendigitalan perkhidmatan jabatan.
Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan atau mengalami kesukaran menggunakan sistem ini, sila
hubungi kami melalui emel.