Pertandingan Mencipta Logo dan Slogan Rakan JMG

POSTER MENCIPTA LOGO DAN SLOGAN RAKAN JMG

Sukacita dimaklumkan, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah melantik Geomapping Technology Sdn Bhd dengan kerjasama pintar Disaster Preparedness and Prevention Center (DPPC), Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur untuk melaksanakan Perkhidmatan Mitigasi Ancaman Bencana Geologi Aliran Puing berasaskan Komuniti bagi Pemerkasaan Kapasiti dan Kesiapsiagaan Komuniti di Kawasan Gunung Jerai, Kedah (CBDRM). 

Sehubungan dengan itu, pihak kami akan menganjurkan Pertandingan Mencipta Logo dan Slogan Rakan JMG yang terbuka kepada semua kakitangan JMG dan Ahli Kelab Sukan dan Kebajikan JMG. Poster dan Terma Rujukan Rakan JMG (TOR) dilampirkan bersama hebahan ini untuk rujukan.

Tarikh tutup pertandingan adalah pada 10 Oktober 2022 pukul 12 tengah hari

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Shaidatul Munirah talian 013-5333225 atau email Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Adakah halaman ini membantu anda?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input