Data Terbuka JMG
A- A A+

s5 logo

KAMI ADALAH PENERAJU PEMBANGUNAN MINERAL DAN GEOSAINS MENJELANG 2020
faq seperator bm hubungi seperator bm maklumbalas seperator bm peta
Soalan
Lazim
 
Hubungi
Kami
 
Aduan dan
Maklum Balas
 
Peta
Laman

Latar Belakang

Data terbuka merujuk data kerajaan yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi sektor awam atau swasta untuk sebarang tujuan. Ia berperanan sebagai penggerak dalam inisiatif kerajaan berpaksikan rakyat. Pelaksanaan data terbuka dapat meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan. Di samping itu, ia juga dapat meningkatkan produktiviti dan ekonomi negara melalui industri/inovasi baharu dengan penglibatan rakyat dan komuniti perniagaan.

Portal Data Terbuka Sektor Awam (DTSA) iaitu data.gov.my telah dibangunkan pada tahun 2014 dan telah mendapat penarafan Data Terbuka pada peringkat antarabangsa pada kedudukan ke-41 daripada 86 negara. Portal DTSA memudahkan data terbuka kerajaan diakses secara berpusat daripada sumber yang rasmi.

Maklumat lanjut mengenai Pelaksanaan Data Terbuka Sektor Awam boleh dirujuk melalui pekeliling berikut:

Data Terbuka JMG

JMG menyahut inisiatif kerajaan untuk melaksanakan data terbuka bagi meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan. Halaman ini diwujudkan bertujuan untuk memaparkan set data yang boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi sektor awam atau swasta untuk sebarang tujuan.

Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah mematuhi Terma dan Syarat Penggunaan Data Terbuka Kerajaan 1.0 berikut:

pdfTerma_Penggunaan_Data_Terbuka_Kerajaan_1.0.pdf16.92 KB02/03/2016, 22:27

Terma Penggunaan ini ditadbir oleh undang-undang di bawah bidang kuasa dan pemilik data ialah pemilik utama bagi data tersebut.

 
Bil. Tajuk
 1. Pengeluaran Mineral Malaysia, 2014
 2. Pengeluaran Mineral Malaysia, 2015
 3. Lokasi Telaga Air Tanah Negeri Johor 2016
 4. Lokasi Telaga Air Tanah Negeri Selangor 2016
 5. Telaga Air Tanah Negeri Melaka
 6. Telaga Air Tanah Negeri Kedah
 7. Telaga Air Tanah Negeri Terengganu
 8. Telaga Air Tanah Negeri Sembilan
 9. Telaga Air Tanah Negeri Kelantan
 10. Telaga Air Tanah Negeri Pahang
 11. Malaysia Minerals Production
 12. Telaga Air Tanah Negeri Perak
 13. Telaga Air Tanah Negeri Sabah
 14. Telaga Air Tanah Negeri Sarawak
 15. Senarai Lombong Beroperasi di Pahang
 16. Tapak Warisan Geologi Malaysia
 17. Pengeluaran Timah Malaysia
 18. Pengeluaran Mangan Malaysia
 19. Pengeluaran Bijih Besi Malaysia
 20. Pengeluaran Aluminium Malaysia
 21. Pengeluaran Emas Malaysia
 22. Tenaga Kerja Industri Perlombongan Malaysia
 23. Senarai Kajian Dilaksanakan oleh JMG Negeri Terengganu
 24. Senarai Kajian Dilaksanakan oleh JMG Negeri Kedah
 25. Senarai Kajian Dilaksanakan oleh JMG Negeri Pahang
 26. Senarai Kajian Dilaksanakan oleh JMG Negeri Kelantan
 27. Senarai Kajian Dilaksanakan oleh JMG Negeri Perak
 28. Senarai Kajian Dilaksanakan oleh JMG Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan
 29. Senarai Kajian Dilaksanakan oleh JMG Negeri Sembilan dan Melaka
 30. Senarai Kajian Dilaksanakan oleh JMG Negeri Johor
 31. Senarai Kajian Dilaksanakan oleh JMG Negeri Sarawak
 32. Senarai Kajian Dilaksanakan oleh JMG Negeri Sabah
 33. Bilangan Lombong Aktif dan Nilai Pengeluaran Di Malaysia

Untuk maklumat lanjut dan terkini, anda boleh layari laman Portal Data Terbuka Malaysia - http://www.data.gov.my/

 

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Aras 9, Menara PjH,
No. 2, Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 2, 62100 PUTRAJAYA.

Tel: (+603) 88716000
Faks: (+603) 88716145/46
Emel: helpdesk [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-icon Twitter-icon Youtube-icon Blogger-icon RSS-icon
Mobile-icon jmg mobile qr code mobile apps icon
 
isms

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.