aplikasi mygeotapakAplikasi MYGeotapak dibangunkan untuk tujuan pembangunan tapak-tapak yang berkepentingan geologi di Malaysia oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia dengan kerjasama Kumpulan Warisan Geologi Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia. 

Pembangunan yang dimaksudkan ini merangkumi pelbagai spektrum seperti berikut:

  1. Promosi tapak-tapak geologi kepada pihak berkepentingan seperti pegawai daerah, masyarakat, dan pemimpin di peringkat negeri dan kebangsaan.
  2. Sebagai alat untuk geopendidikan kepada pengguna.
  3. Pengurusan dan perkongsian maklumat data tapak-tapak geologi di antara JMG.
  4. Sebagai salah satu usaha untuk mengenalpasti tapak yang boleh diwartakan sebagai warisan kebangsaan.
  5. Untuk perancangan guna tanah yang mana tempat yang mempunyai tapak geologi yang unik dicadangkan untuk dikekalkan/dijaga. 
  6. Sebagai satu inovasi dalam Cawangan Perancangan dan Pengurusan JMG.

Buat masa ini, sistem aplikasi MYGeotapak hanya sesuai dalam sistem operasi Android.

Muat turun Aplikasi MYGeotapak melalui imbasan kod QR berikut:

qr code aplikasi mygeotapak

atau melalui pautan berikut:

aplikasi_mygeotapak.apk
Popular 94.11 MB 359
11/03/2020 17:09:54

Muat turun manual pengguna:

manual_pengguna_aplikasi_mygeotapak.pdf
Popular 34.5 MB 688
11/03/2020 17:09:51