Perpustakaan Jabatan mempunyai berbagai koleksi rujukan berkenaan geologi Malaysia. Bahan-bahan yang diterbitkan atau tidak diterbitkan berkenaan geologi tempatan tersedia untuk rujukan. Bahan-bahan rujukan bagi kawasan tertentu di rantau Asia dan bahagian lain dunia juga boleh didapati.

Perpustakaan Jabatan terletak di Ibu Pejabat JMG, Putrajaya dan di pejabat-pejabat negeri di Kuching, Sarawak, Kota Kinabalu, Sabah dan Bahagian Perkhidmatan Teknikal di Ipoh Perak. Pinjaman tidak boleh dibuat tetapi kemudahan salinan disediakan dengan kadar bayaran yang berpatutan.

Waktu Perkhidmatan

Ibu Pejabat JMG, Putrajaya:

Isnin hingga Khamis 8:00 pagi – 1:00 tengah hari
  2.00 petang – 4.30 petang
Jumaat 8.30 pagi – 12.15 tengah hari
  2.45 petang – 4.30 petang
Sabtu dan Ahad Tutup
Hari Kelepasan Am Tutup

Penerbitan Laporan

JMG menerbitkan laporan  hasil daripada kajian dan penyelidikan yang dijalankan dalam pelbagai aspek mineral dan geosains. Laporan–laporan tersebut ialah:

Laporan Berkala

Laporan Teknikal

Penerbitan Peta

Berikut adalah senarai skala peta yang diterbitkan oleh Jabatan:

Bil. Jenis/Nama Peta Skala Output
1. Peta Geologi  
  Semenanjung 1:500,000/1:750,000
  Sarawak 1:500,000/1:1,000,000
  Sabah 1:500,000
  Semenanjung – (Syit Topo terpilih) 1:63,360
     
2. Peta Taburan Mineral  
  Semenanjung 1:750,000
  Sarawak 1:750,000
  Sabah 1:700,000
     
3. Peta Hidrogeologi  
  Semenanjung 1:500,000
  Sarawak & Sabah 1:500,000/1:1,000,000
     
4. Peta Geologi Kejuruteraan 1:25,000
     
5. Seismotectonic Map of Malaysia 1:500,000

Laporan dan peta yang diterbitkan oleh Jabatan tersedia untuk jualan. Senarai penerbitan dan peta berserta harga boleh dirujuk dengan memuat-naik senarai dibawah:

Senarai Buku dan Laporan

Senarai Buku dan Laporan
Popular 63.24 KB 2506
13/11/2017 09:29:47

Senarai Peta

Senarai Peta
Popular 20.51 KB 2698
13/11/2017 09:29:48