Perpustakaan Jabatan mempunyai berbagai koleksi rujukan berkenaan geologi Malaysia. Bahan-bahan yang diterbitkan atau tidak diterbitkan berkenaan geologi tempatan tersedia untuk rujukan. Bahan-bahan rujukan bagi kawasan tertentu di rantau Asia dan bahagian lain dunia juga boleh didapati.
Perpustakaan Jabatan terletak di Ibu Pejabat JMG, Putrajaya dan di pejabat-pejabat negeri di Kuching, Sarawak, Kota Kinabalu, Sabah dan Bahagian Perkhidmatan Teknikal di Ipoh Perak. Pinjaman tidak boleh dibuat tetapi kemudahan salinan disediakan dengan kadar bayaran yang berpatutan.
Waktu Perkhidmatan
Ibu Pejabat JMG, Putrajaya:
Isnin hingga Khamis | 8:00 pagi – 1:00 tengah hari |
2.00 petang – 4.30 petang | |
Jumaat | 8.30 pagi – 12.15 tengah hari |
2.45 petang – 4.30 petang | |
Sabtu dan Ahad | Tutup |
Hari Kelepasan Am | Tutup |
Penerbitan Laporan
JMG menerbitkan laporan hasil daripada kajian dan penyelidikan yang dijalankan dalam pelbagai aspek mineral dan geosains. Laporan–laporan tersebut ialah:
Laporan Berkala
Laporan Teknikal
Penerbitan Peta
Berikut adalah senarai skala peta yang diterbitkan oleh Jabatan:
Bil. | Jenis/Nama Peta | Skala Output |
1. | Peta Geologi | |
Semenanjung | 1:500,000/1:750,000 | |
Sarawak | 1:500,000/1:1,000,000 | |
Sabah | 1:500,000 | |
Semenanjung – (Syit Topo terpilih) | 1:63,360 | |
2. | Peta Taburan Mineral | |
Semenanjung | 1:750,000 | |
Sarawak | 1:750,000 | |
Sabah | 1:700,000 | |
3. | Peta Hidrogeologi | |
Semenanjung | 1:500,000 | |
Sarawak & Sabah | 1:500,000/1:1,000,000 | |
4. | Peta Geologi Kejuruteraan | 1:25,000 |
5. | Seismotectonic Map of Malaysia | 1:500,000 |
Laporan dan peta yang diterbitkan oleh Jabatan tersedia untuk jualan. Senarai penerbitan dan peta berserta harga boleh dirujuk dengan memuat-naik senarai dibawah:
Senarai Buku dan Laporan
Senarai Buku dan Laporan
Popular 63.24 KB 2253 |
13/11/2017 09:29:47 |
Senarai Peta
Senarai Peta
Popular 20.51 KB 2478 |
13/11/2017 09:29:48 |