Soalan-soalan Lazim
A- A A+

Soalan-Soalan Lazim

FAQs - Penggabungan Sijil Pembedil dan Sijil Juruletup

Soalan dan jawapan (Q & A) mengenai penggabungan sijil pembedil/juruletup untuk makluman dan kemudahan pemegang sijil.

Apakah penggabungan sijil pembedil dan sijil juruletup?

Sijil pembedil dan sijil juruletup adalah perakuan kelayakan untuk menjalankan kerja peletupan. Sijil pembedil dikeluarkan oleh Jabatan Mineral dan Geosains manakala sijil juruletup dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia. Penggabungan sijil pembedil dan sijil juruletup bermaksud kedua-dua sijil tersebut digabungkan menjadi satu sijil atau perakuan yang sah laku digunakan untuk kerja peletupan.

Kenapakah sijil pembedil dan sijil juruletup perlu digabungkan?

Sijil pembedil dan sijil juruletup perlu digabungkan kerana sepatutnya hanya satu sahaja sijil atau kelayakan diperlukan untuk menjalankan kerja peletupan di kuari-kuari. Langkah ini juga bertujuan untuk memudahkan pihak industri menjalankan urusan dan meningkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan dengan mengurangkan karenah birokrasi.

Bilakah tarikh kuatkuasa penggabungan bermula?

1 Januari 2017

Apakah nama sijil atau perakuan baru yang menggantikan sijil pembedil dan sijil juruletup?

Lesen Pembedil

Adakah Lesen Pembedil diiktiraf oleh Polis Diraja Malaysia atau Jabatan Mineral dan Geosains?

Lesen Pembedil diiktiraf oleh Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia.

Siapakah yang layak memperolehi Lesen Pembedil?

Semua bekas pemegang sijil pembedil atau sijil juruletup yang masih sah tempoh laku (valid) hendaklah menukar sijil sedia ada kepada Lesen Pembedil.

Bagaimanakah penukaran kepada Lesen Pembedil boleh dibuat?

Penukaran kepada Lesen Pembedil boleh dibuat di Ibu Pejabat JMG atau mana-mana-mana pejabat JMG Negeri dengan menggunakan Borang JMG (LK/OPS) KP1.

Apakah syarat-syarat untuk menukar kepada Lesen Pembedil?

Borang JMG (LK/OPS) KP1 yang telah lengkap diisi beserta salinan kad pengenalan, dua keping gambar berukuran paspot, salinan sijil dan/atau kad pembedil/juruletup dan bayaran RM20.00 (wang pos/kiriman wang atas nama "PENGARAH JMG (negeri berkenaan)").

Bilakah penukaran boleh dibuat dan sampai bilakah tempoh penukaran dibenarkan?

Penukaran boleh dibuat bermula pada 1 Januari 2017 sehingga 31 Mac 2017.

Apakah akan berlaku sekiranya pemegang sijil pembedil atau sijil juruletup sedia ada tidak menukar kepada Lesen Pembedil?

Kelayakan menjalankan kerja peletupan akan terbatal dan tidak dibenarkan menjalankan kerja peletupan di kuari atau lombong. Sekiranya bekas pemegang ingin mendapatkan Lesen Pembedil, beliau perlu melalui proses biasa semula iaitu lulus Peperiksaan Pembedil Teori dan Amali.

Perkhidmatan Dalam Talian

Bancian

Pernahkah anda melawat Muzium Geologi?

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Bangunan Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (+603) 2161 1033
Faks: (+603) 2161 1036
Emel: info [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconBlogger-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.