Soalan-soalan Lazim
A- A A+

Soalan-Soalan Lazim

FAQs - Format Laporan
Bagaimanakah format laporan bagi penyediaan Skim Operasi Pengkuarian oleh Jurutera Perunding Lombong?

Berikut adalah format laporan yang perlu ditepati.

I. Pengenalan

  1. Objektif, lokasi, infrastruktur dan kemudahan sediada, kemudahan awam berhampiran.
  2. Keluasan kawasan, hakmilik, tarikh luput.


II. Pengkuarian

  1. Topografi umum, corak saliran.
  2. Geologi umum (sesar, jenis batuan, ketebalan tanah beban).
  3. Rizab, keluasan kawasan untuk dikuari dan jangka hayat.
  4. Laluan ke tapak.
  5. Fasa-fasa kerja pembangunan, pembangunan infrastruktur, loji penghancur dan pembangunan muka kuari.
  6. Kaedah pengkuarian, sistem pengangkutan, pengeluaran, nisbah batuan/hampas dan rekabentuk jalan dan laluan kuari, cadangan cerun dan tingkatan.
  7. Kuantiti, jenis bahan letupan dan peralatan letupan yang akan diguna, rekabentuk peletupan, arah kerja letupan, pengangkutan, penggunaan dan penyimpanan bahan letupan, jadual peletupan, langkah kawalan berkaitan debu, batu terbang, ledakan udara dan gegaran.
  8. Cadangan had pengkuarian dari kepentingan awam berdekatan. 
  9. Hidrologi kawasan kuari dan quarry dewatering.
  10. Keperluan tenaga kerja dan cadangan waktu bekerja.
  11. Senarai mesin & jentera diguna (kecuali mesin penghancur perlu dilapor secara berasingan) cth: jenkaut, set generator, pre-mix, ready-mix.

III. Loji penghancur

  1. Laluan ke tapak.
  2. Keterangan ringkas loji dan carta alirnya, waktu operasi dan kapasiti.
  3. Saiz-saiz produk.
  4. Senarai mesin yang diguna.
  5. Bekalan air, tempat pengambilan, kuantiti dan pembuangan air lebihan.

IV. Tanah beban dan pembuangan tanah hampas

  1. Bahan dibuang, sifat dan mineralogi, jumlah serta kadar pembuangan.
  2. Tapak : hak menduduki tanah, topografi, geologi, sistem penyaliran kawasan kuari dan berhampiran.
  3. Rekabentuk tapak pembuangan hampas: saiz, ketinggian, lebar tingkatan, cerun keseluruhan, factor of safety, jangkahayat, kaedah pembinaan.
  4. Keselamatan dan langkah pengawalan alam sekitar.

V. Perangkap kelodak

  1. Tapak: hakmilik menduduki tanah, topografi, geologi, sistem saliran tanah kuari dan berhampiran.
  2. Rekabentuk kolam: kapasiti simpanan, ukuran kolam, jangkahayat.
  3. Ban: cadangan ketinggian, tapak, jenis bahan diguna, kaedah pembinaan.
  4. Kemudahan rawatan efluen.
  5. Alur limpah jenis dan struktur, tapak dan lokasi.
  6. Saliran keluaran tanah terlibat dan hak diberi.
  7. Kepentingan awam berhampiran.
  8. Keselamatan dan kawalan alam sekitar yang dipakai.

VI. Pencegahan terhadap pencemaran minyak

Tempat penyimpanan semua jenis minyak perlu ada sistem bunker dan perangkap minyak untuk mengelakkan tumpahan minyak.
-    Rekabentuk bunker dan kapasiti perangkap minyak
-    Kawasan simpanan minyak
-    Pembuangan minyak dan bahan yang tercemar

VII. Pelan Pemulihan

-    Pemulihan berterusan
-    Penambakan balik (jika ada)
-    Penghijauan dan  pengukuhan (stabilization)

VIII. Pemantauan Alam Sekitar

Pemantauan Alam Sekitar merupakan sebahagian dari operasi pengkuarian. Parameter yang dipantau termasuk kualiti air dan udara, tahap habuk, bunyi bising, gegaran dan ledakan udara. Perkara-perkara berikut mungkin tidak berkaitan bergantung kepada lokasi.

Sila nyatakan:

  1. jenis-jenis parameter yang dipantau
  2. lokasi pemantauan yang hendak dijalankan dan kekerapan pemantauan
  3. kaedah yang digunakan

Perkhidmatan Dalam Talian

Bancian

Pernahkah anda melawat Muzium Geologi?

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Bangunan Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (+603) 2161 1033
Faks: (+603) 2161 1036
Emel: info [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconBlogger-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.