Soalan-soalan Lazim
A- A A+

Soalan-Soalan Lazim

FAQs - Kerjaya
Apakah bidang tugas pegawai penyelidik Q41? Adakah kerja tersebut tetap atau kontrak?

Pegawai Penyelidik Q41 berjawatan tetap/berpencen. Penempatan di Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Ipoh, Perak.

BIDANG TUGAS

  1. Membantu pegawai yang lebih kanan dalam membuat perancangan projek penyelidikan dan pembangunan berasaskan sumber mineral dan pengurusan pentadbiran seksyen.
  2. Menjalankan R&D yang berasaskan sumber mineral (silika, lempung, batuan, bahan termaju).
  3. Menjalankan R&D dan kajian bersabit dengan pemprosesan mineral, perlombongan, pengkuarian, tebusguna/pemulihan tanah bekas lombong/kuari.
  4. Menjalankan R&D berkaitan dengan alam sekitar / pencedmaran akibat aktiviti perlombongan dan pengkuarian.
  5. Menyediakan laporan-laporan R&D dan kertas kerja teknikal berkaitan kajian dan penyelidikan yang telah dilaksanakan dan membentangkannya di seminar dalam/ luar negeri.
  6. Aktiviti R&D lain yang diarahkan oleh stake holder.

KEBOLEHAN YANG DIUTAMAKAN (PENGETAHUAN/ KEMAHIRAN)

  1. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (kepujian)/Sarjana atau kelulusan yang lebih tinggi yang diiktiraf dengan keutamaan dalam bidang-bidang sains bersesuaian.
  2. Berpengetahuan dalam bidang komputer.
  3. Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dengan baik sama ada dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
  4. Berkebolehan dalam menulis laporan teknikal yang berkualiti.
Apakah tugas yang diberi kepada Pembantu Kajibumi?

Berikut adalah senarai kerja yang sering dijalankan oleh para Pembantu Kajibumi JMG:

Pembantu Kajibumi Tingkatan Biasa Gred C17

  1. Membantu melaksanakan kerjalapangan pemetaan geologi/ survei geokimia/ mineral perindustrian/ mineral tenaga/ geofizik/ geologi marin/ hidrogeologi/ geologi kejuruteraan/ geobencana/ geologi terain/ geologi warisan/ geologi alam sekitar.
  2. Membantu melaksanakan kajian mineralogi & petrologi/ paleontologi &  stratigrafi /  sedimentologi/ penderiaan jauh.
  3. Membantu menyediakan peta trabas dan lokasi persampelan.
  4. Menyediakan peralatan kerjalapangan termasuk urusan pembelian kecil bahan keperluan.
  5. Membuat tempahan kenderaan kerjalapangan.
  6. Mengurus pengambilan pekerja sambilan dan menguruskan borang tuntutan gaji dan elaun kerjalapangan.
  7. Membantu trabas/ ukur tanah/ survei pantai/ seismic /imbasan sonar, penentuan lokasi persampelan, cerapan dan pengutipan sampel lapangan.
  8. Membantu survei sonar, imbasan sisi.
  9. Membantu memproses dan menyiapkan sampel lapangan.
  10. Membantu pengumpulan data statistik mineral perindustrian.
  11. Membantu penawanan data lapangan dan keputusan analisis.
  12. Membantu menyediakan log geologi.
  13. Menyediakan keratan nipis batuan/ keratan gilap.
  14. Membantu pengawetan fosil.
  15. Membantu menyediakan rekod kerjalapangan.
  16. Membantu pengemaskinian pangkalan data.
  17. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan.

Pembantu Kajibumi Kanan Gred C22

  1. Membantu melaksanakan kerjalapangan pemetaan geologi/ survei geokimia/ mineral perindustrian/ mineral tenaga/ geofizik/ geologi marin/ hidrogeologi/ geologi kejuruteraan/ geobencana/ geologi terain/ geologi warisan/ geologi alam sekitar.
  2. Membantu melaksanakan kajian mineralogi & petrologi/ paleontologi &  stratigrafi/  sedimentologi/ penderiaan jauh.
  3. Membantu menyediakan peta trabas dan lokasi persampelan.
  4. Menyemak penyediaan peralatan kerjalapangan.
  5. Menyemak borang tuntutan gaji dan elaun kerjalapangan pekerja sambilan.
  6. Membantu trabas/ ukur tanah/ survei pantai/ seismic /imbasan sonar, penentuan lokasi persampelan, cerapan dan pengutipan sampel lapangan.
  7. Menyemak proses penyiapan sampel lapangan.
  8. Membantu kompilasi data statistik mineral perindustrian.
  9. Membantu penawanan data lapangan dan keputusan analisis.
  10. Membantu menyediakan log geologi.
  11. Membantu pengawetan fosil.
  12. Membantu menyediakan rekod kerjalapangan.
  13. Membantu penyediaan laporan kemajuan bulanan/ sukutahun.
  14. Membantu penyediaan peta tematik dan laporan teknikal.
  15. Membantu pengurusan aset dan inventori mengikut peraturan.
  16. Membantu pengurusan sampel rujukan mineral, batuan dan fosil.
  17. Membantu pengemaskinian pangkalan data dan data arkib.
  18. Membantu mengurus penyediaan sampel piawai mineral dan batuan kepada pihak luar.Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan.

Ketua Pembantu Kajibumi Gred C26

  1. Menolong melaksanakan kerjalapangan pemetaan geologi/ survei geokimia/ mineral perindustrian/ mineral tenaga/ geofizik/ geologi marin/ hidrogeologi/ geologi kejuruteraan/ geobencana/ geologi terain/ geologi warisan/ geologi alam sekitar.
  2. Menolong melaksanakan kajian mineralogi & petrologi/ paleontologi &  stratigrafi/  sedimentologi/ penderiaan jauh.
  3. Menolong ukur tanah/ survei pantai/ seismic /imbasan sonar.
  4. Menolong menyediakan peta trabas dan lokasi persampelan.
  5. Menolong menyediakan peralatan kerjalapangan termasuk urusan pembelian kecil bahan keperluan.
  6. Menyelia borang tuntutan gaji dan elaun kerjalapangan pekerja sambilan.
  7. Menolong trabas, penentuan lokasi persampelan, cerapan dan pengutipan sampel lapangan.
  8. Menolong kompilasi data lapangan dan keputusan analisis.
  9. Menolong kompilasi log geologi.
  10. Menolong menyediakan rekod kerjalapangan.
  11. Menolong penyediaan laporan kemajuan bulanan/ sukutahun/ tahunan.
  12. Menolong penyediaan peta tematik dan laporan teknikal.
  13. Menolong pengemaskinian pangkalan data dan data arkib
  14. Menolong kompilasi data statistik dan laporan ringkas mineral perindustrian.
  15. Menolong pengurusan aset dan inventori mengikut peraturan.
  16. Menolong mengurus bahan pameran muzium geologi.
  17. Membantu pengurusan sampel rujukan mineral, batuan dan fosil.
  18. Menolong mengurus penyediaan sampel piawai mineral dan batuan kepada pihak luar.
  19. Menolong membimbing staf bawahan.
  20. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan.

PERSEKITARAN KERJA

  1. Dalam dan luar pejabat.
  2. Sungai, hutan, tasik, lanar, paya dan kawasan pergunungan.
  3. Pantai, pulau, pesisir, lautan dan pelantar benua.
  4. Gua dan terowong bawah tanah.
  5. Cerun dan lurah.
  6. Udara (airborne survey).
  7. Perkampungan dan ladang.
  8. Bengkel/ workshop.
  9. Kawasan sempadan antarabangsa.

KEBOLEHAN YANG DIUTAMAKAN (PENGETAHUAN/KEMAHIRAN)

  1. Berkelulusan yang baik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (Aliran Sains) dengan keutamaan kepada calon-calon yang mendapat kepujian dalam mata pelajaran Sains, Matematik dan Geografi; atau Sijil Politeknik (Ukur Tanah).
  2. Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan tulisan dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.
  3. Lulus Basic Offshore Safety Emergency Training (BOSET) untuk kerja luar pantai.
How do I apply for jobs in the Minerals and Geoscience Department Malaysia?

As a department under the federal government, applications are to be submitted to The Public Services Commission. For further information please visit www.spa.gov.my.

Perkhidmatan Dalam Talian

Bancian

Pernahkah anda melawat Muzium Geologi?

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Bangunan Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (+603) 2161 1033
Faks: (+603) 2161 1036
Emel: info [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconBlogger-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.