Panduan Pelanggan
A- A A+

Panduan ini disediakan dengan tujuan untuk memberi panduan dan sebagai rujukan kepada semua pelanggan Aktiviti Mineralogi dan Petrologi Jabatan Mineral dan Geosains dalam memahami proses kerja demi menyegerakan urusan mendapatkan keputusan analisis yang berkaitan.

Adalah jua diharapkan panduan ini dapat memberikan maklumat yang berguna kepada semua pelanggan khususnya dan masyarakat awam umumnya demi memudahkan mereka  mendapatkan khidmat di Aktiviti Mineralogi dan Petrologi.

1.0 Latar Belakang
 
Aktiviti Mineralogi dan Petrologi adalah merupakan salah satu Unit yang penting di Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Ipoh, Perak.
 
2.0 Objektif Aktiviti Mineralogi Dan Petrologi
 
Menyediakan perkhidmatan mineralogi dan petrologi kepada jabatan, agensi kerajaan dan swasta.
 
3.0 Fungsi Aktiviti Mineralogi dan Petrologi
  • Memberikan khidmat-khidmat penganalisaan, pengenalan batuan, mineral dan batu permata kepada jabatan, agensi-agensi kerajaan, syarikat-syarikat perlombongan dan pihak awam.
  • Membantu menyediakan latihan di dalam mineralogi dan petrologi kepada pegawai-pegawai baru dalam jabatan, penuntut-penuntut daripada institusi pengajikan tinggi dan kadangkala kepada ahli-ahli geosains dari negara-negara jiran.
  • Menjalankan penyelidikan di bidang mineralogi dan petrologi.
  • Membekalkan  koleksi piawai batuan dan mineral kepada sekolah-sekolah dan institusi-institusi lain.
4.0  Struktur Organisasi
 

aktiviti_mineralogi_dan_petrologi_chart

 
5.0 Fungsi Unit
 
Unit Mineralogi
 
Menyediakan khidmat pengenalan batuan/mineral/batu permata kepada pelanggan.
 
Unit Petrologi
 
Memberikan khidmat untuk menyediakan irisan nipis/irisan gilap, menyelenggarakan arkib batuan dan mineral jabatan dan membekalkan koleksi batuan/mineral kepada sekolah dan IPT.
 
Penerimaan permohonan dan sampel
1 hari
Isi Borang pendaftaran 8343
 
Isi Borang 7718 dan buat pembayaran
 
Menjalankan analisis
 
Sekiranya mandatori
Mengikut masa yang ditetapkan
Permintaan biasa
14 hari

7.0  JENIS-JENIS PERKHIDMATAN
 
Mineralogi dan Mineragrafi
  • Pengenalan batuan, mineral dan batu permata melalui kaedah mikroskopi.
  • Pengenalan batuan, mineral dengan kaedah XRD.
  • Pengasingan mineral berat melalui kaedah bromoform.
  • Penganggaran kuantitatif mineral berat (QME).
Petrologi
  • Perkhidmatan lapidari - membuat irisan nipis, irisan gilap dan kepingan gilap untuk tujuan analisis.
  • Menyelenggarakan arkib batuan/mineral Jabatan.
  • Membekalkan koleksi batuan/mineral terpilih kepada sekolah-sekolah dan institut pengajian tinggi awam/swasta.
8.0 BAYARAN YANG DIKENAKAN
 
Bayaran yang dikenakan mengikut Warta Kerajaan Jilid 41 Tambahan No. 57, Perundangan A bertarikh 28/8/97 PU (A) 328 Perentah Fee (Analisa dan Laporan (Pindaan 1997) adalah seperti berikut:
 
Perkhidmatan
Bayaran (RM/sampel)
Pengasingan galian
Pengasingan magnetik / elektrostatik sampel ke dalam
RM 50.00
Pengasingan kedalam pecahan bukan piawai
RM 80.00
Pengasingan bromoform
RM 20.00
Penganggaran Mineral Kuantitatif
Pengganggaran setiap jusuk dalam konsentrat/persediaan mikro
RM 35.00
Bayaran maksimum setiap spesimen
RM 90.00
Belauan Sinar X (XRD)
Penyedian, analisis dan laporan
RM 120.00
Perkhidmatan Lapidari
Penyediaan & pelekatan kekal butiran galian
RM 20.00
Penyediaan & pelekatan kekal keratan mikro
RM 20.00
Penyediaan keratan gilap untuk mikroskopi
RM 30.00
Penyediaan kepingan gilap batu dimensi (76.2mm x 101.6mm):
- menggunakan penggilap berlilin (a)
- menggunakan pelelas intan (b)
- pemotongan batuan keras/galian kepada kepingan (c)
RM 80.00 (a)
RM 130.00 (b)
RM 15.00 (c)
Laporan Petrografi atau Mineragrafi
Pengenalan mikroskopi galian/batuan dalam irisan nipis/gilap
RM 40.00
Laporan petrografi/mineragrafi terperinci
RM 70.00
Piawaian batuan dan mineral
Kumpulan batuan dan mineral piawai termasuk aluvium
RM 70.00
Perkhidmatan Fotografi
 
Spesimen batuan, mineral dan fosil:
-monokrom (a)
-warna (b)
-mikrofotografi (c)
RM 10.00 (a)
RM 15.00 (b)
RM 15.00 (c)
Pengenalan Spesimen
Pengenalan batuan atau galian yang ada
RM 20.00
Penganggaran kuantitatif setiap mineral yang ada
RM 30.00
Penentuan Fizik atau Optik
Bayaran maksimum setiap spesimen/sampel
RM 80.00
Penentuan graviti spesifik spesimen
RM 20.00
Penentuan indeks biasan spesimen
RM 20.00
Penentuan pembalikan spesimen batuan/mineral
RM 15.00
Ujian pewarnaan spesimen batuan/mineral
RM 30.00
Penentuan kekerasan batuan
RM 30.00

9.0 CARTA ALIRAN BAGI MENJALANKAN  PERKHIDMATAN  MINERALOGI DAN  PETROGRAFI
carta_aliran_perkhidmatan_min_dan_pet
 

10.0 Proses Kerja bagi Menjalankan Perkhidmatan Mineralogi dan Petrografi.

Langkah Proses Kerja
1 Menerima permohonan daripada pelanggan melalui Borang 8343.
2 - Menyemak Borang 8343, tentukan jenis perkhidmatan dan tentukan samada bayaran perkhidmatan  dikenakan/tidak.
- Sekiranya dikenakan bayaran, isi Borang 7718.
- Sekiranya tidak dikenakan bayaran,  terus kepada Langkah 4.
3 Pemohon membuat bayaran kepada kerani kewangan menggunakan Borang 7718 dan dapatkan resit.
4 Setelah bayaran dibuat, salurkan permohonan kepada unit berkaitan untuk tindakan.
5 Perkhidmatan dijalankan oleh unit berkaitan dan hasil/laporan dikemukan kepada Pegawai Aktiviti untuk semakan dan pengesahan.
6 Sediakan surat iringan dan hantarkan laporan kepada pelanggan.

 

11.0 Carta Aliran Bagi Membekalkan Koleksi Batua/Mineral Piawai Kepada Sekolah atau IPT

bekal_sekolah_ipt_chart

12.0. Proses Kerja Bagi Membekalkan Koleksi Batuan/Mineral Piawai Kepada Sekolah atau IPT.

Langkah
Proses Kerja
1
Menerima permohonan daripada pelanggan melalui surat rasmi.
2
Menyemak senarai bekalan koleksi samada permohonan pertama atau seterusnya.
3
Sekiranya permohonan pertama pastikan wang setem disertakan atau tidak.Semak permohonan samada dikenakan bayaran (swasta) atau tidak (kerajaan).
4
Sekiranya permohonan kedua atau seterusnya, permohonan ditolak.
5
Sekiranya dikenakan bayaran ikut langkah 5a. Sekiranya tidak dikenakan bayaran, ikut langkah seterusnya.
5a
Isi Borang 7714 dan hantarkan kepada pemohon untuk membuat bayaran.
6
Setelah bayaran dibuat, dapatkan rujukan no. resit dan salurkan kepada Unit Lapidari untuk tindakan.
7
Tindakan oleh Unit Lapidari.
8
Hantarkan sampel kepada pemohon.


13.0 Alamat Untuk Dihubungi

Segala permohonan bagi mendapatkan perkhidmatan Aktiviti Mineralogi dan Petrologi bolehlah dikemukakan kepada:

Pengarah Perkhidmatan Teknikal,
Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Jalan Sultan Azlan Shah,
Petisurat 1015,
30820 IPOH.
PERAK.

No. Tel: 05-5457644
No. Faks: 05-5468479
E-mail:

Senarai Perkhidmatan Online

Bancian

Hujan lebat boleh menjadi petanda awal berlakunya tanah runtuh.

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Menara Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (+603) 2161 1033
Faks: (+603) 2161 1036
Emel: info [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconBlogger-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon
isms
 

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.