Malaysia Truly Asia
Perutusan Ketua Pengarah
Profil Korporat - Corporate Info
Rabu, 15 Julai 2009 19:57
Hits smaller text tool iconmedium text tool iconlarger text tool icon

kp.message

Laman web Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia kini telah berubah wajah sepenuhnya. Setelah agak lama tidak mengalami perubahan, Jabatan telah membuat keputusan untuk membangunkan laman web baru secara in-house. Untuk menjayakan usaha ini, Kumpulan Pembangunan Laman Web Jabatan telah dibentuk yang dianggotai oleh beberapa orang pegawai yang mempunyai keupayaan dan kepakaran dalam pembangunan laman web. Sebaik saja kumpulan ini dibentuk secara rasmi, usaha-usaha membangunkan laman web baru dimulakan. Aplikasi content management system (CMS) telah digunakan untuk membangunkan laman web ini.

Laman web Jabatan kini lebih mirip kepada portal dengan menyediakan beberapa perkhidmatan atas talian, kandungan bersifat interaktif dan bercirikan perkembangan teknologi semasa pembangunan laman web. Sememangnya, matlamat akhir pembangunan laman web baru ini adalah untuk menjadikannya sebuah portal yang menarik pengunjung untuk melayarinya berulang kali. Walaupun belum sempurna, usaha-usaha masih diteruskan untuk menjadikan laman web ini sebuah portal yang memenuhi kehendak dan kepuasan pengunjung.

Salah satu strategi untuk memperkenalkan dan mempromosikan Jabatan adalah melalui laman web. Sebagai sebuah jabatan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), laman web baru ini memaparkan pelbagai maklumat berhubung dengan organisasi, aktiviti, perkhidmatan dan penerbitan Jabatan. Turut dimuatkan ialah sudut ilmu, galeri foto, multimedia dan berita-berita terkini aktiviti Jabatan. Laman web ini akan diselenggara dan dikemaskini bagi menjamin kandungannya sentiasa relevan dan maklumat  yang dipaparkan tidak lapuk.

Akhirkata, sekalung tahniah serta penghargaan diucapkan kepada Kumpulan Laman Web yang telah berjaya membangunkan laman web Jabatan yang baru. Kepada pengunjung, semoga laman web baru Jabatan ini menambahkan lagi ilmu serta pengetahuan yang dapat dimanfaatkan. Harapan saya, laman web ini ditandakan (bookmark) oleh setiap pengunjung agar ianya menjadi destinasi kegemaran dan dikunjungi berulang kali dalam melayari INTERNET.

Terima kasih.

tt_kp

Dato' Haji Yunus Abd Razak,
Ketua Pengarah,
Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia.

Terakhir Dikemaskini pada Ahad, 29 Ogos 2010 03:59
 
Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Tingkat 19-20, Bangunan Tabung Haji, Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur, MALAYSIA.
Tel: 603-2161 1033 (Hunting Line) | Faksimili: 603-2161 1036 | E-mail:
Organisasi beriktiraf MS ISO 9002 | Makmal berakreditasi SAMM ISO/IEC 17025

Sesuai dilayari menggunakan Mozilla Firefox & Internet Explorer 7.0 dengan resolusi 1024*768 dan ke atas. Anda mempunyai masalah melayari laman web kami?
Dibangunkan dan dikemaskini oleh Jawatankuasa Laman Web JMG Malaysia.
WAVE 4.0 Passed! | W3C Valid CSS! (CSS Level 2.1) | RSS Valid!
Kesalahan pada perkataan? Pilih perkataan yang salah dengan tetikus dan tekan Ctrl+Enter.
Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan!
Orphus system
1
Home page
2
Newsroom
3
Site map
4
FAQs
5
Contact us
6
Terms and conditions
7
Feedback form
8
Search
9
Access myJMG
0
Access key details
JMG Monitoring System Version 1.2.12 - Monitor and Live Stats by JMG Malaysia