TADBIR URUS LAMAN WEB/PORTAL JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA
Tadbir urus memainkan peranan penting dalam meningkatkan keberkesanan dan kecekapan laman web/portal. Sehubungan ini, tadbir urus laman web/portal telah dibentuk bagi menetapkan dasar, merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan laman web/portal agensi-agensi sektor awam dari aspek teknologi, kandungan serta kepenggunaan (utilisation).
Komponen tadbir urus laman web/portal JMG
Tadbir urus laman web/portal mempunyai dua (2) komponen utama:
-
Pengurusan kandungan laman web/portal - Pengurusan kandungan laman web/portal melibatkan aktiviti pengumpulan, pengkajian semula dan paparan kandungan di dalam laman web/portal bagi memastikan kandungannya terkini, tepat dan sahih. Proses pengurusan kandungan laman web/portal meliputi penulisan, semakan teks penulisan, semakan editorial, kelulusan pihak pengurusan agensi dan penerbitan di laman web/portal.
-
Penyenggaraan laman web/portal - Penyenggaraan laman web/portal merupakan tindakan untuk memastikan laman web/portal berfungsi dalam keadaan baik dan mesra pelanggan. Tindakan penambahbaikan secara berterusan dilaksanakan dengan menambah ciri-ciri baru mengikut keperluan dan persekitaran semasa agensi.
Pasukan tadbir urus laman web/portal JMG
Untuk memastikan tadbir urus laman web/portal berjalan dengan lancar, sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan mengikut struktur formal yang merangkumi tiga (3) peringkat jawatankuasa seperti (Rajah 1):

Rajah 1: Struktur Tadbir Urus Laman Web/Portal JMG
a) Jawatankuasa Induk Pengurusan Laman Web/Portal JMG
- Menetapkan dasar, mekanisme dan pengurusan laman web/portal;
- Menentukan dasar penyampaian perkhidmatan/maklumat melalui laman web/portal;
- Menentukan keperluan kajian semula kandungan utama laman web/portal;
- Mengesahkan konsep reka bentuk dan susun atur laman web/portal;
- Mengesahkan keperluan-keperluan infrastruktur dan sokongan teknikal bagi laman web/portal; dan
- Menyelesaikan isu-isu dan masalah berkaitan laman web/portal.
- Memastikan kandungan dalam laman web/portal adalah terkini dan sahih dengan mewujudkan proses pengurusan kandungan yang berkesan;
- Memastikan keseragaman dalam penyampaian maklumat di laman web/portal;
- Mengesyorkan peningkatan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan termasuk penyediaan perkhidmatan secara interaktif bagi menyokong ciri-ciri dan kemudahan yang mesra pelanggan;
- Membuat kajian semula kandungan, susun atur, reka bentuk dan cara penyampaian laman web/portal;
- Mengkaji dan membuat syor untuk mewujudkan ciri-ciri baru (enhancing features) dalam laman web/portal;
- Mengesyorkan konsep reka bentuk dan susun atur laman web/portal kepada Jawatankuasa Induk Pengurusan Laman Web/Portal; dan
- Mengesyorkan keperluan-keperluan infrastruktur dan sokongan teknikal bagi laman web/portal kepada Jawatankuasa Induk Pengurusan Laman Web/Portal.
Berikut disenaraikan Ahli Jawatankuasa bagi Jawatankuasa Kerja Pengurusan Laman Web/Portal:
|
1. |
Tuan Haji Ismail Iman Pengarah Pengurusan Maklumat Cawangan Pengurusan Maklumat, Ibu Pejabat |
|
2. |
En. Abdul Kadir Bin Ahmad Ketua Penolong Pengarah Unit PAP, Cawangan Hal Ehwal Korporat, Ibu Pejabat |
|
3. |
En. Aminudin bin Mahmud Pegawai Penyelidik Kanan Pusat Penyelidikan Mineral, Ipoh |
|
4. |
En. Nizarulikram bin Abdul Rahim Pegawai Kajibumi Kanan Cawangan PPO, Ibu Pejabat |
|
5. |
En. Azizan Ali Pegawai Kajibumi Kanan Unit Geosains, Cawangan HEK, Ibu Pejabat |
|
6. |
En. Mohd Zahar bin Ibrahim Pegawai Kimiabumi Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Ipoh |
|
7. |
Pn. Salmiah Bt. Nawi Pegawai Galian Cawangan Ekonomi Mineral, Ibu Pejabat |
|
8. |
En. Mat Wadi Ab. Satar Pegawai Galian Cawangan PPO, Ibu Pejabat |
|
9. |
Pn. Norsham bt. Samsudin Pegawai Kajibumi Unit PSM, Cawangan HEK, Ibu Pejabat |
|
10. |
Pn. Brendawati bt. Ismail Pegawai Kajibumi Cawangan Pengurusan Maklumat, Kuala Lumpur |
|
11. |
En. Tan Teong Meng Ketua Pengawai Teknologi Maklumat Cawangan Pengurusan Maklumat, Ibu Pejabat |
Jawatankuasa bertanggungjawab memberi bantuan teknikal bagi pengurusan laman web/portal. Jawatankuasa
dipengerusikan oleh Pengurus ICT dan ahli-ahlinya terdiri daripada pegawai-pegawai teknikal Bahagian ICT.
Terma rujukan Jawatankuasa adalah seperti berikut:
- Memastikan kapasiti perkakasan dan perisian yang mencukupi untuk menampung operasi laman web/portal;
- Memastikan high availability laman web/portal;
- Membuat perancangan perolehan perkakasan dan perisian bagi pengurusan laman web/portal untuk menampung keperluan masa hadapan;
- Memastikan laman web/portal memenuhi tahap keselamatan yang ditetapkan bagi mengelakkan berlakunya pencerobohan ke atas laman web/portal; dan
- Menyediakan khidmat bantuan teknikal kepada pengguna yang menghadapi masalah semasa menggunakan modul aplikasi yang berkaitan dengan pengurusan laman web/portal.
| 1. |
En. Nizarulikram bin Abdul Rahim
Pegawai Kajibumi Kanan
Cawangan PPO, Ibu Pejabat
|
| 2. |
Pn. Brendawati bt. Ismail Pegawai Kajibumi Cawangan Pengurusan Maklumat, Kuala Lumpur |
| 3. |
En. Mohd Zahar bin Ibrahim
Pegawai Kimiabumi
Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Ipoh
|
| 4. |
En. Mohd Shafiq Farhan bin Mohd Zainudin
Pegawai Kajibumi
Unit Geosains/Aktiviti Pemetaan Geologi, JMG Sabah
|
| 5. |
Pn. Nafiza binti Jomhari
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
Cawangan PPO, Ibu Pejabat
|
Tugas-tugas pembangunan dan penyenggaraan laman web/portal JMG
Pembangunan laman web/portal bermula dengan perancangan menentukan tujuan dan merangka strategi laman web/portal. Laman web/portal yang telah siap dibangunkan perlu dipromosikan kepada pengguna berkaitan.
Tugas dan tanggungjawab di dalam pembangunan laman web/portal adalah seperti di Jadual 1.
| Bil |
Tugas | Tanggungjawab |
| 1. | Menetapkan matlamat dan peranan laman web/portal Mengenalpasti matlamat dan peranan laman web/portal yang dapat menyokong pelan strategik agensi dan perkhidmatan yang akan ditawarkan. |
Jawatankuasa Induk |
| 2. | Merangka strategi laman web/portal • Merangka strategi laman web/portal; • Mengenalpasti pelanggan; • Merangka strategi penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan; dan • Mengenalpasti pengukuran prestasi dan penetapan standard. |
Jawatankuasa Induk |
| 3. | Pelaksanaan pembangunan laman web/portal • Mereka bentuk laman web/portal meliputi layout, grafik dan lain-lain; • Mengenalpasti kaedah pembangunan laman web/portal; dan • Mengenalpasti isi kandungan. |
Jawatankuasa Kerja dan Jawatankuasa Teknikal |
| 4. | Mengadakan promosi laman web/portal Mengadakan promosi untuk memperkenalkan laman web/portal dengan memberi fokus kepada perkhidmatan utama yang ditawarkan. |
Jawatankuasa Kerja dan Jawatankuasa Teknikal |
Jadual 1: Tugas Pembangunan Laman Web/Portal
Penyenggaraan laman web/portal merangkumi aktiviti seperti pengurusan isi kandungan laman web/portal, penyenggaraan teknikal perkakasan dan analisis pengunjung. Tugas dan tanggungjawab penyenggaraan laman web/portal adalah seperti di Jadual 2.
|
Bil |
Tugas |
Kekerapan |
Tanggungjawab |
|
1. |
Menyelenggara server dan memastikannya berfungsi dengan baik. |
Sepanjang masa |
Jawatankuasa |
|
2. |
Menyemak dan memperbaiki broken links. |
Sepanjang masa |
Jawatankuasa |
|
3. |
Membetulkan kesilapan dan mengemas kini maklumat. |
Mengikut keperluan |
Jawatankuasa Kerja |
|
4. |
Memaparkan maklumat terkini. Contoh: pekeliling baru, dasar baru dan sebagainya. |
Mengikut keperluan |
Jawatankuasa Kerja |
|
5. |
Menambah kandungan baru. |
Mengikut keperluan |
Jawatankuasa Kerja |
|
6. |
Menambahbaik susun atur, gambar dan grafik. |
2 hingga 4 kali setahun |
Jawatankuasa Kerja dan Jawatankuasa Teknikal |
|
7. |
Mengurus pangkalan data laman web/portal. |
Sepanjang masa |
Jawatankuasa Teknikal |
Jadual 2: Tugas Penyenggaraan Laman Web/Portal
Secara keseluruhannya, Jawatankuasa Teknikal Laman Web/Portal memberi sokongan teknikal di dalam semua aspek perancangan, pembangunan dan penyenggaraan laman web/portal kepada Jawatankuasa Kerja Pengurusan Laman Web/Portal.


