Piagam Pelanggan
A- A A+

Maklumat Mineral dan Geosains

  • Membekalkan laporan geologi (termasuk peta), mineral dan bidang-bidang geosains lain yang telah diterbitkan dan sedia ada, dalam masa 1 hari selepas permohonan diterima.
  • Membekalkan laporan dan peta geologi, mineral dan bidang-bidang geosains lain yang belum diterbitkan dan sedia ada, dalam masa 1 minggu selepas permohonan.
  • Membekalkan maklumat berdigit sedia ada dalam masa 3 hari selepas permohonan diterima.

Perkhidmatan Kepakaran

  • Menyediakan perkhidmatan kepakaran apabila diminta dalam rangka masa yang ditetapkan atau dipersetujui bersama dengan pelanggan, terutamanya bagi bidang-bidang:
    1. Pemetaan geologi
    2. Siasatan mineral
    3. Siasatan air tanah
    4. Siasatan geofizik
    5. Siasatan geologi kejuruteraan
    6. Siasatan geologi alam sekitar

Perkhidmatan Makmal

  • Menyediakan perkhidmatan makmal apabila diminta bagi bidang berikut dalam tempoh yang dipersetujui, sekiranya mandatori, atau jika rutin, dalam tempoh 2 minggu selepas sampel diterima.
    1. Kajian mineralogi dan petrologi
    2. Analisis sampel bijih, mineral, aloi, batuan, kelodak, konsentrat, tanih dan air
    3. Ujian mineral perindustrian
    4. Ujian sedimentologi
    5. Ujian geologi kejuruteraan

Perkhidmatan Perlombongan dan Pengkuarian

  • Mengeluarkan Lesen Melombong/Lesen Kuari dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.
  • Menyediakan laporan-laporan teknikal yang tepat dan lengkap berkaitan dengan kepentingan perlombongan, dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan permohonan yang disertakan dengan dokumen-dokumen yang lengkap.

Perkhidmatan Dagangan Mineral

  • Memberi ulasan ke atas permohonan untuk mengeksport mineral dalam tempoh 5 hari dari tarikh penerimaan permohonan yang disertakan dengan dokumen-dokumen yang lengkap.
  • Mengeluarkan Lesen Bijih Mineral dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.
  • Mengeluarkan dan membaharukan permit pengangkutan konsentrat timah dalam tempoh 1 jam.

Pertanyaan dan Maklum Balas Dalam Talian

  • Memastikan maklum balas terhadap komen/maklum balas pelanggan disediakan dalam tempoh 7 hari bekerja.
  • Memastikan jawapan terhadap pertanyaan umum pelanggan disediakan dalam tempoh 7 hari bekerja.

 

Perkhidmatan Dalam Talian

Bancian

Pernahkah anda melawat Muzium Geologi?

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Bangunan Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (+603) 2161 1033
Faks: (+603) 2161 1036
Emel: info [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconBlogger-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.