Teks Ucapan
A- A A+

MAJLIS MENANDATANGANI MOU ANTARA JMG DAN UMS
Tarikh : Rabu, 12 Februari 2014

TEKS UCAPAN
Y BHG. DATO’ YUNUS ABD RAZAK  
KETUA PENGARAH JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA

Y.Bhg Prof Datuk Dr Mohd Harun Abdullah, Naib Canselor Universiti Malaysia
Sabah

Y.Bhg Prof. Dr Sharif Omang, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan
Antarabangsa)

Y Bhg Prof. Dr Shahrir Yusof, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)

Y Bhg Datuk Abdullah Hj Mohd Said, Pendaftar UMS

Pegawai-pegawai kanan Universiti Malaysia Sabah

Pegawai-pegawai kanan Jabatan Mineral dan Geosains

Seterusnya hadirin yang saya hormati sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Saya lafazkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana dengan rahmatNya, majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara JMG dan UMS dapat  dilaksana pada pagi ini. Lafaz terima kasih saya rakamkan kepada UMS sudi menjadi tuan rumah kepada majlis ini.

Saya berpendirian bahawa Majllis menandatangan MoU ini bukan merupakan awalan kepada kerjasama antara dua organisasi JMG dan UMS, tetapi lebih sebagai penggalak dan pendorong untuk meningkatkan kerjasama yang telah sedia berlangsung. Saya masih ingat ketika saya bertugas di Sabah pada 1996-1998, kerjasama dalam bentuk tidak formal telah berlaku. Kita menerima ramai pelajar dari UMS untuk Program Latihan Industri dan kita laksanakan program ini dalam bentuk istimewa. Para pelajar dipisah dalam beberapa kumpulan dan menjalani beberapa modul secara bergilir. Rekod juga menunjukkan ramai dari Warga JMG yang menjalani pengajian peringkat lepasan ijazah di UMS. Saya tak perlu tekankan fakta bahawa ramai di kalangan Warga JMG adalah lepasan ijazah pertama UMS.

Kerjasama antara dua organisasi kita juga berlangsung melalui perkongsian data  dan maklumat geologi dan sumber mineral negara, sesuai dengan kapasiti JMG selaku custodian bagi kedua bidang berkenaan. Serentak dengan itu, dengan kepakaran dan kemahiran yang terdapat di UMS, data dan maklumat berkenaan dijana dan ditambah nilai. Saya anggap proses ini sebagai smart parnership process. 

Hadirin yang dihormati sekalian,

Semasa tempoh RMKe-9, JMG telah diamanah melaksana kajian Pemulihan Tanah Lombong Mamut di Sabah. Kedua-dua organisasi, selaku ahli dalam Jawatankuasa Teknikal telah bersetuju menjalankan penyelidikan bersama khususnya dalam aspek  pengawalan Acid Mine Drainage (AMD). Antara aspek penyelidikan kajian ini adalah Experimental phytoremediation dan kajian lapangan sistem wetland untuk rawatan AMD di bekas lombong tembaga Mamut.

Dalam konteks ini, suka saya memaklumkan bahawa pada April 2012, Malaysia melalui JMG telah menandatangan Nota Kerjasama dengan Korea melalui  Mine Reclamation Corporation (MIRECO) dengan hasrat untuk mendapatkan/mencari satu sistem rawatan yang optimum dan berkesan bagi rawatan AMD bekas lombong tembaga Mamut. Atas semangat kerjasama, pihak JMG telah menjemput pihak UMS untuk bersama-sama di dalam kajian ini. Sebagai bukti tuan-tuan/puan-puan boleh sendiri melawat Water Research Laboratory UMS di mana terdapat 7 kolum ujian untuk rawatan pasif AMD yang dibangunkan dan dijalankan bersama JMG-MIRECO-UMS.

Tuan-tuan dan hadirin sekalian,

Saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk merakam penghargaan dan terima kasih khususnya kepada mereka yang telah berkerja, walaupun mengambil tempoh yang lebih panjang dari kebiasaan, ke arah memetrai Memorandum Persefahaman pada pagi ini. Saya tidak mahu menyenaraikan nama-nama mereka tetapi memadailah dengan menyebut bahawa cetusan idea ini bermula dari sahabat sekuliah saya, Prof. Dr. Sanuddin Tahir.

Tuan-tuan dan hadirin sekalian,

Berbalik kepada tugas teras JMG, sebagai custodian kepada data dan maklumat geologi dan sumber mineral negara, Jabatan telah membangunkan satu sistem pangkalan data yang komprehensif, yang kami namakan sebagai MinGeoSis. Khusus bagi Negeri Sabah, Jabatan mempunyai maklumat dan data yang lengkap mengenai sumber mineral di Sabah. Pejabat JMG di Sabah telah, sedang dan akan terus memberikan perkhidmatan kepada Kerajaan Negeri. Bagi menggalakkan industri mineral di Malaysia, Kerajaan pada 2010 telah melancarkan Dasar Mineral Negara-2 bagi menggantikan Dasar Mineral Negara yang digubal lebih 10 tahun lebih awal.

Dalam bidang geosains JMG banyak menjalankan aktiviti pemetaan geologi kejuruteraan kawasan berisiko bencana geologi dan mengenalpasti ancaman ke atas kawasan sensitif geologi, kawasan berisiko bencana geologi dan kawasan gambut. Kajian eksplorasi air tanah termasuklah pembangunan telaga tiub di dalam batuan keras dan aluvium serta kajian permodelan air tanah dan hidrogeologi untuk menilai potensi air tanah. JMG juga menjalankan aktiviti kajian berkenaan potensi tenaga geothermal dan geologi marin yang tertumpu kepada survei alam sekitar di sekitar perairan serta profil pantai.

Sebagai pengakhir kata, saya amat berharap yang pemeteraian MoU ini akan  merancakkan bidang-bidang kerjasama yang sedia ada di antara dua organisasi kita di samping menjana bidang kerjasama yang baru yang berpra-syarat memberikan impak dan manfaat kesejahteraan hidup dan/atau menjana kekayaan baru.

Sekian dan terima kasih.

Perkhidmatan Dalam Talian

Bancian

Pernahkah anda melawat Muzium Geologi?

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Bangunan Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (+603) 2161 1033
Faks: (+603) 2161 1036
Emel: info [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconBlogger-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.