Pengumuman
A- A A+

xp rip 4 14

Microsoft Malaysia (Microsoft) mengingatkan pengguna bahawa ia akan secara rasminya menamatkan perkhidmatan dan sokongan Windows XP pada 8 April 2014.

Ini bermakna pengguna tidak lagi akan menerima kemas kini (Update) keselamatan bagi melindungi komputer peribadi (PC) daripada virus, perisian pengintip (spyware) dan lain-lain perosak.

xp rip 4 14 2

Dalam menghadapi situasi sebegini, terdapat beberapa cadangan bagi meminimunkan risiko yang boleh mengganggu operasi kelancaran penggunaan komputer serta mengurangkan risiko kehilangan data nanti.

Kepada pengguna komputer yang masih menggunakan perisian Operating System (OS) Windows XP, di bawah adalah langkah-langkah yang boleh dilakukan bagi mengurangkan risiko gangguan kelancaran ke atas komputer.

1) Install and Update your anti-virus

Pastikan komputer dipasang dengan perisian anti-virus yang berlesen (dibekalkan oleh Jabatan saja). Anti-virus MESTI sentiasa kemas kini dan mengimbas (scan) secara berjadual atau perlu mengimbas sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu secara manual.

2) Back up and migrate your data

Buat back-up atau pindahkan data yang penting ke media yang lain seperti Thumb Drive, External Hard Disk, burn dalam DVD, simpan di PC/Laptop lain yang OS lebih tinggi versi seperti Windows 7 dan Windows 8 dan sebagainya.

3) Use Firefox or Chrome

Kepada pengguna OS Windows XP, seboleh-bolehnya gunakan browser yang lain seperi Mozilla Firefox atau Google Chrome dan cuba elak mengguna lagi Internet Explorer (IE)

4) Prepare or begin your upgrade/migration plan

Penyelesaian yang paling mudah ialah tukar PC dan mendapatkan OS baru. Mungkin ini merupakan salah satu justifikasi yang kuat dalam permohonan perolehan PC nanti.

Sekiranya cuma mahu upgrade OS saja, pastikan komputer (motherboard dan processor) support OS baru, kalau tidak sia-sia saja membeli OS baru.

5) Elak memasang (install) perisian/program yang tidak dikenali punca kesahihan pengeluarnya.

Anda dinasihat tidak memuat turun atau memasang perisian/program yang tidak diketahui kesahihan source code, ini kerana ia mungkin mengandungi pengaturcara yang boleh mencuri/mendedahkan maklumat kepada orang lain.

Sebagai bantuan kepada pengguna, Microsoft mengumumkan laman web Windows Upgrade Center – http://www.microsoft.com/malaysia/xp-eos

Senarai Perkhidmatan Online

Bancian

Hujan lebat boleh menjadi petanda awal berlakunya tanah runtuh.

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Menara Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (+603) 2161 1033
Faks: (+603) 2161 1036
Emel: info [at] jmg [dot] gov [dot] my

Lihat Direktori Bahagian/Pejabat Negeri

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconBlogger-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon
isms
 

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.