Keratan Akhbar
A- A A+

Isu bauksit di Pahang mendapat perhatian awam dua tahun lalu kerana ramai penduduk mengadu persekitaran mereka menjadi kotor dan tanah kemerah-merahan.

KUCHING - Prosedur operasi standard (SOP) kegiatan perlombongan bauksit di Pahang dijangka siap Jun nanti, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Beliau berkata SOP itu dilaksanakan dengan mengambil kira kajian impak alam sekitar oleh beberapa agensi terlibat serta tambahan input oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“SOP tersebut akan memastikan kegiatan pengambilan, perlombongan serta eksport bauksit mengikut peraturan ditetapkan dan tidak mencemar alam sekitar. Sebelum pelaksanaannya, kita akan bawa hasil kajian SOP itu dalam perbincangan bersama kerajaan Pahang dan pihak industri,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Projek Rumah Ihsan Wan Junaidi (PRIWJ) di Kampung Panglima Seman Ulu di sini semalam.

Wan Junaidi berkata perlombongan bauksit di Pahang yang dihentikan atas perintah moratorium atau penggantungan dijadual tamat pada 30 Jun depan. - Bernama

Senarai Perkhidmatan Online

Bancian

Hujan lebat boleh menjadi petanda awal berlakunya tanah runtuh.

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Aras 9, Menara PjH,
No. 2, Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 2, 62100 PUTRAJAYA.

Tel: (+603) 88716000
Faks: (+603) 88716145/46
Emel: helpdesk [at] jmg [dot] gov [dot] my

Lihat Direktori Bahagian/Pejabat Negeri

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconBlogger-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon
isms
 

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.