Keratan Akhbar
A- A A+

FW397937 FEA05 230515 GUA TEMPURUNGGua Tempurung dekat Ipoh di Lembah Kinta - gambar BernamaJABATAN Mineral dan Geosains menyasarkan dua daripada lima tapak cadangan geopark di negara ini mendapat pengiktirafan sebagai Geopark Kebangsaan tahun ini. Ketua Pengarah jabatan itu Datuk Mior Sallehhuddin Mior Jadid berkata lima geopark yang dicadangkan itu adalah Geopark Jerai, Geopark Lembah Kinta, Geopark Tasik Kenyir, Geopark Kinabalu dan Geopark Delta Sarawak.

“Setakat ini, belum ada geopark yang diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan...kita mengharapkan Geopark Jerai dan Geopark Lembah Kinta dapat dicalonkan sebagai Geopark Kebangsaan dan mendapat pengiktirafan itu tahun ini. “Setelah Langkawi mendapat taraf Langkawi Unesco Global Geopark 10 tahun lepas, kita belum lagi mempunyai geopark kedua meski pun banyak lokasi berpotensi dicalonkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspedisi Saintifik Geotapak Jerai Geopark di Gurun pada Selasa. Beliau berkata Geopark Jerai dan Geopark Lembah Kinta masing­masing mempunyai keistimewaan dan tarikan tersendiri selain berbeza di antara satu sama lain.

“Geopark Jerai sangat istimewa dari segi geologi permineralan, geoarkeologi dan biosfera manakala Geopark Lembah Kinta pula lebih kepada aspek perlombongan,” katanya. Mior Sallehhuddin berkata jabatan itu, yang berperanan sebagai peneraju Jawatankuasa Promosi dan Pembangunan Geopark Jerai, sedang menyediakan dokumen pencalonan geopark kebangsaan. “Kira­kira 95 peratus laporan atau Dossier Geopark Jerai sudah siap.

Sekiranya semua maklumat lengkap dan mendapat perakuan daripada Kerajaan Negeri Kedah, kita akan membawa Geopark Jerai untuk diperakukan sebagai calon Geopark Kebangsaan,” katanya. Sementara itu, beliau berkata ekspedisi saintifik itu, yang diadakan dua hari bermula hari ini, melibatkan pelbagai agensi berkaitan bagi memerhati dan merekodkan keunikan geotapak sekitar kawasan cadangan Geopark Jerai.

Ekspedisi itu dirangka untuk mewujudkan geotapak dan geotrail yang lebih bernilai tinggi, dengan mengambil kira semua elemen biologi, ekologi arkeologi dan budaya. Geopark Jerai sahaja meliputi daerah Yan dan Kuala Muda dengan keluasan kira­kira 500 kilometer persegi. Kawasan itu terletak di sebelah barat lebuh raya utara selatan, bersempadan dengan Sungai Limau di bahagian utara dan Sungai Muda di bahagian selatan negeri Kedah.

“Terdapat 25 geotapak yang telah dikenal pasti bagaimanapun, hanya sembilan daripadanya yang akan dilawati menerusi ekspedisi kali ini,” katanya. Antara 25 geotapak itu ialah Sungai Seri Perigi, Singkir Laut, Sungai Titi Hayun, Sungai Batu Hampar, Sungai Kampung Raga, Tanjung Jaga, Puncak Gunung Jerai, Sungai Alur Naga, Sungai Teroi, Sungai Badak dan Sungai Kunyit. Sungai Gurun, Kuala Muda, Sungai Batu Pahat, Sungai Batu, bekas kuari Gurun, bekas lombong besi Semeling, lombong besi Tupah, Sungai Tupah, Padang Tok Sheikh, Perigi Tok Sheikh, Pulau Bunting, Pulau Bidan, Pulau Songsong dan Pulau Telor juga adalah antara geotapak itu.­

Senarai Perkhidmatan Online

Bancian

Pernahkah anda melawat Muzium Geologi?

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Menara Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (+603) 2161 1033
Faks: (+603) 2161 1036
Emel: info [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconBlogger-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.