Keratan Akhbar
A- A A+

KOTA KINABALU, 5 Ogos (Bernama) -- Tidak lama lagi Sabah akan menjadi tuan rumah stesen tenaga geoterma pertama Malaysia di Tawau dan ia akan meletakkan negara ini ditempat ke-16 di peringkat global dalam penjanaan tenaga geoterma.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, stesen tenaga yang dibangunkan Tawau Green Energy Sdn Bhd (TGE) di Apas Kiri, Tawau itu dijadual beroperasi secara komersil pada Jun 2018.

Beliau juga berkata, stesen itu akan menjual 30 megawatt (MW) elektrik kepada grid Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) di bawah skim tarif galakan.

"Selepas penyelidikan yang meluas diikuti analisis geologi, geofizik dan geokimia dan pemodelan oleh syarikat berpangkalan di AS, GeothermEx Inc serta syarikat kejuruteraan New Zealand, Jacobs, kewujudan sistem geoterma yang aktif berpusat di sekitar Gunung Maria di Apas Kiri telah disahkan.

"Kami teruja untuk mengetahui yang penggerudian telah mencapai kedalaman 1,449 meter dan pada kedalaman cetek seperti itu, suhu dicatat sudah melepasi 200 darjah Celcius," katanya pada sidang akhbar di sini, Jumaat.

Ongkili berkata, dua tapak untuk penggerudian geoterma sudah siap dan yang ketiga masih dalam pembinaan.

Sementara itu, juruperunding geoterma Jacobs, Dr Ryan Libbey berkata, kira-kira enam tapak diperlukan untuk menjana 30MW elektrik, setiap satu bernilai kira-kira US$5 juta untuk dibina dan boleh menjana di antara 4MW-5MW.

Perkhidmatan Dalam Talian

Bancian

Pernahkah anda melawat Muzium Geologi?

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Bangunan Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (+603) 2161 1033
Faks: (+603) 2161 1036
Emel: info [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconBlogger-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.