Keratan Akhbar
A- A A+

bashahhDatuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah

ALOR SETAR: Menubuhkan sebuah jawatankuasa bertindak, menambah telaga tiub serta membekalkan tong statik kepada pengguna kurang berkemampuan antara enam langkah jangka pendek kerajaan Kedah bagi menangani masalah bekalan air bersih di negeri berkenaan.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata tiga lagi langkah ialah mempertingkatkan sistem penghantaran air bersih dan sistem aduan Syarikat Air Darul Aman (Sada) serta penambahbaikan penggunaan air masyarakat (air bukit).

"Ini perancangan jangka pendek hasil perbincangan mesyuarat selama tiga jam antara kerajaan negeri, pihak pembangkang, Sada dan agensi-agensi lain. Masalah ini bukan baharu tetapi sudah berlarutan berikutan fenomena El-Nino.

"Pada hari ini kita bersetuju dengan langkah diambil untuk menangani isu ini dengan segera," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas berkenaan isu air di Wisma Darul Aman di sini, Selasa.

Ahmad Bashah berkata jawatankuasa bertindak itu turut melibatkan pegawai-pegawai daerah, Sada serta agensi di peringkat negeri dan Persekutuan selain bekerjasama dengan Jabatan Mineral dan Geosains untuk membantu mewujudkan telaga tiub di kawasan-kawasan yang terlibat dengan masalah bekalan air.

Katanya setakat ini, terdapat lapan telaga tiub di seluruh Kedah, dengan setiap telaga itu dapat membekalkan air kepada 1,000 pengguna.

Beliau berkata kerajaan negeri juga bekerjasama dengan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan Kementerian Kesihatan untuk meningkatkan kualiti air bersih.

"Sada perlu menambah jumlah kontraktor bagi memudahkan penghantaran bekalan air di kawasan yang sering terjejas berikutan tekanan air rendah. Selain itu, kita akan pastikan Sada mempertingkatkan sistem aduan mereka bagi membolehkan orang ramai membuat aduan supaya tindakan segera dapat diambil," katanya.

Ahmad Bashah berkata kerajaan negeri juga akan membekalkan tong statik berkapasiti 100 gelen air kepada keluarga kurang berkemampuan, namun penerima akan ditentukan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) di kawasan masing-masing.

"Bagi peringkat awal, kita akan membekalkan tong statik kepada keluarga yang betul-betul memerlukan dan Adun akan menentukan penerima kerana mereka lebih mengetahui keadaan masyarakat di kawasan masing-masing. Namun saya minta supaya penduduk dapat menggunakan air dengan sebaik mungkin tanpa melakukan pembaziran," katanya.

Ahmad Bashah berkata KKLW telah memperuntukkan RM37 juta kepada Kedah bagi projek air luar bandar untuk tempoh jangka panjang di mana peruntukan itu dapat membantu mempertingkatkan perkhidmatan bekalan air kepada rakyat negeri ini.

"Kita akan pastikan semua perancangan jangka pendek dapat dijalankan dengan lancar dan baik sehingga perancangan jangka panjang dapat dibuat kerana kita ingin pastikan rakyat Kedah tidak lagi dibelenggu dengan masalah air," katanya.

Senarai Perkhidmatan Online

Bancian

Pernahkah anda melawat Muzium Geologi?

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Menara Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (+603) 2161 1033
Faks: (+603) 2161 1036
Emel: info [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconBlogger-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.