Keratan Akhbar
A- A A+

Permintaan terhadap kepakaran graduan geologi terus meningkat dan semakin penting.

Geologi atau 'sains mengenai bumi' adalah satu bidang pengajian yang sangat menarik untuk diteroka kerana ia bukan saja mampu merangsang pemikiran seseorang individu malah turut menjanjikan profesion yang menawarkan pendapatan yang agak lumayan.

Berikutan populasi penduduk bumi yang semakin bertambah, kualiti alam sekitar yang semakin merosot serta keperluan dan permintaaan terhadap sumber bumi juga semkain meningkat sekaligus menjadikan permintaan terhadap kepakaran geologi menjadi semkain relevan dan penting.

Bidang geologi menggabungkan pengetahuan Matematik, Kimia, Fizik dan Biologi untuk sampai kepada fungsinya yang utama dan dinamik iaitu mencari sumber bumi seperti air tanah, mineral logam, petroleum mentah, gas asli, mineral radioaktif dan bahan binaan yang diperlukan untuk membangunkan peradaban manusia.

Antara universiti di negara ini yang menawarkan bidang geosains ialah Universiti Teknologi Petronas (UTP) melalui Fakulti Geosains dan Kejuruteraan Petroleum serta Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di bawah Fakuti Sains dan Teknologi.

Pelajar yang mengikuti pengajian dalam bidang ini boleh membuat pilihan untuk mengikuti program pengkhususan yang mereka minati sama ada geologi tulen, petroleum, perlombongan, kejuruteraan, kuaterner, sekitaran atau pemulihan dan pelancongan.

Pelbagai peluang kerjaya

Terdapat pelbagai peluang kerjaya menanti graduan dalam bidang ini antaranya mereka boleh bekerja sebagai ahli geologi atau geosains di jabatan kerajaan atau swasta berdasarkan pengkhususan sub-disiplin geosains dan antara yang paling popular ialah geologi kejuruteraan, petroleum, persekitaran, struktur dan perlombongan.

Kini, profesion sebagai ahli geologi turut bekerja seiring dengan jurutera awam dan geoteknik dalam menyediakan maklumat geologi supaya pembinaan infrastruktur yang besar seperti empangan, jambatan, bangunan, pencakar langit dan lapangan terbang dibina dalam keadaan selamat dan jimat kos.

Ahli geologi melalui bidang geologi sekitaran pula menjalankan tugas mengkaji penyebab geobencana seperti tanah runtuh, aliran lumpur, gempa bumi, tsunami, gunung berapi dan seumpamanya dan mencari jalan menguruangkan kerosakan dan membina sistem amaran sekiranya kejadian itu berulang.

Pemilihan bidang kerjaya geosaintis dipengaruhi beberapa faktor antaranya minat dan kecenderungan, kelayakan dan kelulusan, gaji, sifat keperibadian serta waktu dan persekitaran di tempat kerja.

Geologi atau 'sains mengenai bumi' adalah

satu bidang pengajian yang sangat menarik

untuk diteroka kerana ia bukan saja mampu

merangsang pemikiran seseorang individu malah

turut menjanjikan profesion yang menawarkan

pendapatan yang agak lumayan.

Berikutan populasi penduduk bumi yang semakin

bertambah, kualiti alam sekitar yang semakin

merosot serta keperluan dan permintaaan

terhadap sumber bumi juga semkain meningkat

sekaligus menjadikan permintaan terhadap

kepakaran geologi menjadi semkain relevan dan

penting.

Bidang geologi menggabungkan pengetahuan

Matematik, Kimia, Fizik dan Biologi untuk

sampai kepada fungsinya yang utama dan

dinamik iaitu mencari sumber bumi seperti air

tanah, mineral logam, petroleum mentah, gas

asli, mineral radioaktif dan bahan binaan

yang diperlukan untuk membangunkan peradaban

manusia.

Antara universiti di negara ini yang

menawarkan bidang geosains ialah Universiti

Teknologi Petronas (UTP) melalui Fakulti

Geosains dan Kejuruteraan Petroleum serta

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di bawah

Fakuti Sains dan Teknologi.

Pelajar yang mengikuti pengajian dalam bidang

ini boleh membuat pilihan untuk mengikuti

program pengkhususan yang mereka minati sama

ada geologi tulen, petroleum, perlombongan,

kejuruteraan, kuaterner, sekitaran atau

pemulihan dan pelancongan.

Pelbagai peluang kerjaya

Terdapat pelbagai peluang kerjaya menanti

graduan dalam bidang ini antaranya mereka

boleh bekerja sebagai ahli geologi atau

geosains di jabatan kerajaan atau swasta berdasarkan pengkhususan sub-disiplin geosains dan antara yang paling popular ialah geologi kejuruteraan, petroleum, persekitaran, struktur dan perlombongan.

Kini, profesion sebagai ahli geologi turut bekerja seiring dengan jurutera awam dan geoteknik dalam menyediakan maklumat geologi supaya pembinaan infrastruktur yang besar seperti empangan, jambatan, bangunan, pencakar langit dan lapangan terbang dibina dalam keadaan selamat dan jimat kos.

Ahli geologi melalui bidang geologi sekitaran pula menjalankan tugas mengkaji penyebab geobencana seperti tanah runtuh, aliran lumpur, gempa bumi, tsunami, gunung berapi dan seumpamanya dan mencari jalan menguruangkan kerosakan dan membina sistem amaran sekiranya kejadian itu berulang.

Pemilihan bidang kerjaya geosaintis dipengaruhi beberapa faktor antaranya minat dan kecenderungan, kelayakan dan kelulusan, gaji, sifat keperibadian serta waktu dan persekitaran di tempat kerja.

Perkhidmatan Dalam Talian

Bancian

Pernahkah anda melawat Muzium Geologi?

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Bangunan Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (+603) 2161 1033
Faks: (+603) 2161 1036
Emel: info [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconBlogger-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.