Keratan Akhbar
A- A A+

TANGKAK, 8 Mac (Bernama) -- Kerajaan negeri bercadang untuk mewartakan tiga lokasi tadahan air di daerah Tangkak sebagai Taman Negara Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata tiga lokasi itu ialah Bukit Takau, Bukit Belading dan Bukit Reban Kambing yang melibatkan kawasan seluas 320.21 hektar dan terletak kira-kira dua kilometer dari Taman Negara Johor Gunung Ledang.

"Sejajar dengan pendekatan pemuliharaan kawasan perlindungan yang holistik dari gunung ke lautan yang diguna oleh kerajaan negeri Johor, Perbadanan Taman Negara Johor mengambil inisiatif meningkatkan kawasan perlindungan habitat terancam di negeri ini dengan menambah kawasan baharu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau merasmikan Ekspedisi Warisan Semulajadi Johor 2016 di Taman Negara Johor Gunung Ledang hari ini.

Ekspedisi itu melibatkan seramai 36 orang penyelidik yang diketuai oleh Prof Maketab Mohamed dari Persatuan Alam Semulajadi Johor dalam usaha mengemas kini data bagi menyokong proses pewartaan tersebut.

Ekpedisi saintifik yang bermula semalam sehingga 12 Mac ini turut disertai Perbadanan Taman Negara Johor, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Malaysian Nature Society (Johor), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Ayub berkata pihaknya mengenal pasti tiga lokasi tersebut berdasarkan penemuan tumbuhan teracam spesis baharu 'Cycas Cantafolia' atau lebih dikenali sebagai 'Paku Emas' dalam kalangan penduduk tempatan.

Ia merupakan tumbuhan yang disenaraikan dalam 'Red List' senarai International Union For Conservation' (IUCN) yang perlu dilindungi secepat mungkin sebelum pupus.

Katanya pokok Paku Emas merupakan spesies tumbuhan yang wujud sejak zaman prasejarah perlu segera dilindungi dan ia mula ditemui oleh pihak FRIM pada tahun 2012.

Ayub berkata selain itu, keadaan geologi di sekitar Bukit Tukau dan Bukit Belading amat unik dengan kawasan persekitaran diliputi oleh batuan jenis granit yang menjadi habitat sesuai pokok Paku Emas.

Sementara itu, pihak kerajaan negeri juga bercadang untuk membina 'tree house' di Taman Negara Johor Endau-Rompin dan 'toptree house' di Taman Negara Johor Gunung Ledang bagi menambah produk pelancongan di taman negara tersebut pada masa akan datang.

Beliau berkata pihaknya turut akan mengkaji konsep yang telah diguna pakai oleh negara Korea Selatan bagi menambah tempat tarikan pelancong di negeri ini.

Tutup Tutup
  • Bold
  • Italic
  • Underline
  • Stroke
  • Quote
 
  • 1000 patah perkataan sahaja lagi
   
 

Perkhidmatan Dalam Talian

Bancian

Pernahkah anda melawat Muzium Geologi?

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Bangunan Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (+603) 2161 1033
Faks: (+603) 2161 1036
Emel: info [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconBlogger-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.