Keratan Akhbar
A- A A+

LANGKAWI, 28 Feb (Bernama) -- Jawatankuasa Geopark Kebangsaan telah menerima sebanyak 15 pencalonan dari seluruh negara kecuali Melaka dan Negeri Sembilan untuk dipertimbangkan bagi mendapat pengiktirafan Geopark Kebangsaan, kata ahli pakar jawatankuasa itu, Prof Emeritus Datuk Dr Ibrahim Komoo di sini hari ini.

Katanya pencalonan-pencalonan ini dikemukakan berikutan minat yang semakin meningkat dalam kalangan negeri-negeri berkenaan untuk mewujudkan tapak geopark berikutan kejayaan yang dicapai oleh Langkawi sejak mendapat pengiktirafan Geopark Global oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

"Kita sedang bekerja keras untuk membantu mereka mewujudkan Geopark Kebangsaan (di negeri masing-masing)," katanya kepada pemberita selepas pelancaran logo baharu Langkawi UNESCO Global Geopark dan program Geokomuniti oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Tan Sri Khalid Ramli di sini.

Geopark merupakan sesuatu kawasan yang memiliki tapak warisan geologi yang boleh digunakan bagi tujuan pemeliharaan, pendidikan dan pembangunan secara lestari dan Prof Ibrahim berkata pengwujudan Geopark Kebangsaan ini menjadi langkah permulaan sebelum menjadi geopark bertaraf dunia menerusi pengiktirafan UNESCO.

"Ini adalah formula yang digunakan di Jepun dan China yang telah mewujudkan geopark kebangsaan dulu, lepas itu barulah dinilai sebelum disyorkan untuk menjadi geopark global," katanya.

Perkhidmatan Dalam Talian

Bancian

Pernahkah anda melawat Muzium Geologi?

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Bangunan Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (+603) 2161 1033
Faks: (+603) 2161 1036
Emel: info [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconBlogger-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.