Keratan Akhbar
A- A A+

BENTONG, 13 Nov (Bernama) -- Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mengarahkan Jabatan Geosains dan Mineral membuat penilaian ketahanan struktur tanah di kawasan bukit berhampiran lokasi banjir lumpur di Km52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ini bagi memastikan sama ada kawasan terlibat mampu menahan sebarang serpihan kayu yang dihanyutkan oleh air hujan.

Katanya, pihaknya menjangka laporan penilaian akan mengambil masa dua hingga tiga minggu sebelum diserahkan kepada pihak kementerian.

"Penilaian itu mengambil masa dua hingga tiga minggu sebab kami perlu betul-betul pasti dan amat teliti sebab kita juga bekerjasama dengan Jabatan Hutan dan Kerajaan Negeri.

Dari pemerhatian tadi kita lihat benteng yang dibina di kawasan berdekatan pecah dan membawa serpihan kayu-kayu balak yang terkumpul dan kelebihan itu membawa air lumpur ke bawah.

"Jabatan Kerja Raya juga kini sedang lakukan penyiasatan dan sehingga itu saya tidak boleh kata apa-apa hingga laporan itu keluar," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau lokasi kejadian banjir lumpur di sini hari ini.

Wan Junaidi turut berkesempatan melawat penghuni kuarters Jabatan Perhutanan Negeri Pahang yang ditempatkan sementara waktu di Masjid Lentang selepas kuarters mereka dilimpahi air lumpur dan batu bata akibat banjir lumpur itu kelmarin.

Mengulas lanjut Wan Junaidi menafikan dakwaan yang mengatakan terdapat aktiviti pembalakan di kawasan sekitar kawasan kejadian.

"Serpihan pokok-pokok yang dibawa oleh limpahan air itu adalah kayu-kayu lama yang dah berusia 30 tahun dan dah tak ada kulit pun.

Dari mata kasar memang tidak ada sebarang aktiviti pembalakan lagipun kawasan berkenaan merupakan kawasan hutan simpanan tetap, mana boleh ada aktiviti pembalakan di situ," katanya.

-- BERNAMA

Senarai Perkhidmatan Online

Bancian

Pernahkah anda melawat Muzium Geologi?

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Menara Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (+603) 2161 1033
Faks: (+603) 2161 1036
Emel: info [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconBlogger-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.