Keratan Akhbar
A- A A+

KUALA LUMPUR (Bernama) -- In the thick of the recent haze that enveloped the nation for more than a month, the Malaysian government had suggested to Indonesia that tube wells be introduced to tackle peat fires.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan idea ini kepada Presiden Indonesia Joko Widodo di Bogor, pada 10 Okt lepas.

Jadi bagaimana perigi tiub ini boleh mencegah kebakaran tanah gambut di Sumatera dan Kalimantan di Indonesia, dan seterusnya mengatasi ancaman jerebu?

KEBAIKAN PERIGI TIUB

Perigi tiub adalah sejenis perigi yang melibatkan tiub keluli tahan karat atau paip yang panjang digerudi ke dalam tanah sehingga mencecah lapisan tanah yang mengandungi air.

Menurut ahli geologi, Dr S.Paramananthan, di kebanyakan kawasan tanah gambut terdapat satu atau dua lapisan tanah mengandungi air. Lapisan paling hampir kepada permukaan sekitar kedalaman 10 meter dan yang satu lagi di kedalaman antara 30 meter hingga 40 meter.

Beliau memberitahu Bernama pemasangan perigi tiub adalah amat mudah.

Untuk lapisan yang mengandungi air yang kedalamannya 10 meter, tiub hanya perlu ditolak ke dalam tanah dan pam yang menggunakan kuasa elektrik diperlukan untuk mengepam keluar air.

Sementara untuk sampai ke lapisan yang lebih dalam, penggerudian biasanya diperlukan untuk memasukkan tiub tetapi pam mungkin tidak perlu kerana tekanan air dengan sendirinya akan menolak air ke permukaan.

Kos untuk setiap perigi tiub adalah kira-kira AS$350 (RM1,500), yang mampu dibelanjakan oleh syarikat-syarikat perladangan.

Malahan, Paramananthan mendedahkan dua syarikat perladangan Malaysia di Kalimantan berjaya memperoleh air bawah tanah pada awal bulan ini menggunakan kaedah ini.

Beliau berkata perigi tiub itu ternyata berjaya mengekang api kebakaran daripada merebak ke kawasan ladang.

KEADAAN SEMASA: BAGAIMANA PERIGI TIUB BOLEH MEMBANTU

Perigi tiub perlu digunakan sebagai langkah pencegahan. Ini pandangan Paramananthan.

"Apa yang perlu dibuat adalah pada penghujung musim tengkujuh, perigi tiub sudah siap untuk digunakan dan biarkan air keluar untuk membasahkan tanah dan tumbuh-tumbuhan bagi mencegah api kebakaran," kata Paramananthan yang juga pengasas Param Agricultural Soil Surveys.

Bagaimanapun, beliau percaya perigi tiub bukan sahaja dapat mencegah kebakaran tanah gambut tetapi juga menyekat api daripada merebak jika kebakaran berlaku.

Menurut beliau, pasukan pemadam kebakaran di Indonesia perlu mengawal api dari kawasan pinggir dan mewujudkan kawasan sekat bakar dengan menggunakan 'bom air' di pinggir kawasan kebakaran.

Perigi tiub boleh dibuat untuk membendung api kebakaran daripada merebak.

Air akan keluar dari bawah ke permukaan dan akan menutupi lapisan gambut dan memastikan api kebakaran akan terpadam sepenuhnya.

"Dengan cara ini kawasan kebakaran dapat dikurangkan. Usaha memadamkan api kebakaran perlu dibuat dari kawasan pinggiran dan secara perlahan bergerak ke dalam," jelas Paramananthan.

KEBAKARAN TANAH GAMBUT PALING TERUK

Perlu diingat hanya 40 peratus kebakaran yang berlaku baru-baru ini di Indonesia melibatkan kawasan tanah gambut.

Baki 60 peratus lagi adalah di kawasan bukit dan penggunaan perigi tiub di kawasan ini tidak berkesan.

Bagaimanapun, api kebakaran di kawasan bukit lebih mudah sedikit untuk dipadamkan berbanding tanah gambut.

Ini ekoran kandungan bahan organik yang tinggi dalam tanah gambut yang menjadikannya mudah terbakar.

Tanah ini boleh secara berterusan terbakar untuk berbulan-bulan lamanya pada musim kering jika tidak dikawal dengan betul.

Fenomena El Nino menyukarkan lagi usaha memadamkan kebakaran tanah gambut.

"Jika pun anda menyembur air di kawasan atas dan api berhenti, bahagian bawah permukaan masih terus terbakar. Selepas beberapa ketika kebakaran akan bermula semula.

"Kebakaran boleh berterusan untuk jangka panjang sehinggalah cukup air hujan atau air untuk memadamkan api kebakaran sepenuhnya," kata Paramananthan.

FAKTOR PEKEBUN KECIL

Satu faktor kritikal yang perlu diberi pertimbangan adalah hanya tiga peratus kes kebakaran hutan dilakukan syarikat perladangan, itupun sebelum penanaman. Tiada pengurus estet yang akan membakar ladangnya sendiri selepas menanamnya dengan kelapa sawit.

Kebanyakan kegiatan membakar ini dilakukan petani yang tidak mampu menanggung kos untuk membuka kawasan tanah yang luas kerana kos yang tinggi. Akibatnya mereka bertindak membuat pembakaran hutan untuk membuka kawasan ladang baru.

"Anda tak boleh arah mereka jangan menanam. Petani itu miskin. Bertani adalah periuk nasi mereka," kata Paramananthan penuh simpati.

Beliau mencadangkan estet besar membantu pekebun kecil untuk membersihkan hutan dengan cara yang lebih selamat dan membina longkang di sekeliling tanah mereka untuk melindungi daripada kebakaran.

Kerajaan juga disaran mengambil langkah proaktif dengan memasang perigi tiub di kawasan hutan paya gambut sebelum kegiatan tebang dan bakar dimulakan.

"Negara jiran ASEAN perlu hentikan tuduh-menuduh, sebaliknya bantu-membantu. Marilah kita jalin kerjasama serta menggunakan sains untuk menyelesaikan masalah dan jangan terlalu menurut emosi," kata ahli sains berusia 75 tahun ini.

BERNAMA

Senarai Perkhidmatan Online

Bancian

Pernahkah anda melawat Muzium Geologi?

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Menara Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (+603) 2161 1033
Faks: (+603) 2161 1036
Emel: info [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconBlogger-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.