Keratan Akhbar
A- A A+

TAIPING, 26 Ogos (Bernama) -- Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dan Jabatan Sumber Mineral Thailand (DMR) komited membantu masyarakat setempat khususnya di kawasan sempadan Malaysia-Thailand menggunakan sumber mineral dan geosains yang ada di sekitar kawasan berkenaan.

Ketua Pengarah JMG Dato' Yunus Abd Razak berkata kerjasama kedua-dua pihak sejak 18 tahun lepas mampu meningkatkan ekonomi masyarakat setempat selain memberi kesan terhadap ekonomi kedua-dua negara menerusi pelbagai sektor terutama ekopelancongan.

"Setakat ini, sebanyak enam lokasi telah dipetakan dari segi geologi, stratigrafi dan mineral menerusi projek kerjasama antara JMG dengan DMR.

"Satu lagi aspek ialah dari segi geo warisan yang dalam masa kita buat pemetaaan dengan kerjasama DMR, kita tengok kawasan-kawasan yang cantik di sekitar itu untuk kita naikkan dalam sektor ekopelancongan di negara kita," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Penyiasatan Geologi Bersama Sempadan Malaysia-Thailand Ke-12 di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah DMR Supot Jermsawatdipong.

Yunus berkata kerjasama itu juga dapat mengeratkan hubungan antara dua negara selain berkongsi maklumat berkaitan kewujudan mineral dan geosains baharu di kawasan sempadan, yang dilihat berpotensi untuk pembangunan ekonomi.

"Kedua-dua negara telah mendapat peruntukan daripada kerajaan masing-masing untuk melaksanakan kerja-kerja itu," katanya.

Menurutnya semua hasil yang diperoleh setiap tahun akan dilaporkan semula pada mesyuarat Suruhanjaya Bersama Malaysia-Thailand, yang turut dihadiri Perdana Menteri Malaysia dan Thailand, katanya.

Senarai Perkhidmatan Online

Bancian

Pernahkah anda melawat Muzium Geologi?

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Menara Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (+603) 2161 1033
Faks: (+603) 2161 1036
Emel: info [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconBlogger-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.