Keratan Akhbar
A- A A+

LANGKAWI, 2 Ogos (Bernama) -- Dua penilai daripada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) di bawah Rangkaian Geopark Global (GGN) hari ini memulakan tugas membuat penilaian bagi menentukan status global Langkawi.

Pakar geopark Pablo Rivas Paloma dari Sepanyol dan Pasquale Li Puma dari Itali memulakan tugas itu melakukan lawatan ke Taman Georimba Kilim Karst di sini dengan diiringi ketua pegawai eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) Tan Sri Khalid Ramli serta para penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaysia Terengganu.

Mereka turut melawat Pusat Penyelidikan Langkawi dan Taman Georimba Kambria Machinchang.

Misi penilaian akan disambung esok dengan lawatan ke Kompleks Kraf, Projek Sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kedawang, Galeri Produk Langkawi dan Taman Georimba Dayang Bunting.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan LADA, hasil penilaian itu akan diumumkan ketika berlangsungnya Persidangan Geopark Asia Pasifik di San'in Kaigan Global Geopark di Jepun dari 16 hingga 20 Sept ini.

Langkawi diiktiraf sebagai Geopark Global oleh UNESCO pada 1 Jun 2007 di bawah program GGNnya untuk muncul sebagai Geopark Global pertama di Asia Tenggara dan yang ke-52 di dunia.

Misi penilaian dilaksanakan empat tahun sekali dan keanggotaan Langkawi dalam GGN dilanjutkan setelah lulus penilaian pertama pada 2011, yang membolehkannya terus menyandang status itu hingga 2014.

Selain aspek geologi dan alam semula jadi, penilaian terhadap status itu juga meliputi aspek warisan, pelancongan, pendidikan dan penglibatan masyarakat yang mempunyai kaitan dengan geopark.

Perkhidmatan Dalam Talian

Bancian

Pernahkah anda melawat Muzium Geologi?

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Bangunan Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (+603) 2161 1033
Faks: (+603) 2161 1036
Emel: info [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconBlogger-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.