Keratan Akhbar
A- A A+

KUNDASANG, 20 Jun (Bernama) -- Sebanyak 15 lagi sistem pemantauan gempa bumi akan dipasang di Sabah dalam masa terdekat, termasuk lima di daerah Ranau, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Ewon Ebin.

Beliau berkata semalam, kerajaan telah meluluskan peruntukan berjumlah RM14.5 juta yang akan disalurkan ke Jabatan Meteorologi untuk menaik taraf serta menambah sistem pemantauan itu.

"Pada masa ini, terdapat 30 sistem pemantauan gempa bumi di negeri ini dan dua daripadanya terdapat di kawasan Ranau," katanya pada sidang media di sini Sabtu.

Sementara itu, Ewon yang juga Anggota Parlimen Ranau berkata kerajaan bersetuju mempertimbangkan permohonan untuk membina sebuah lagi loji rawatan air di Ranau membabitkan kos berjumlah RM50 juta.

Beliau berkata pembinaan loji baharu itu amat diperlukan kerana sumber air mentah ke Loji Rawatan Air Bambangan Ranau dari Sungai Liwagu tidak berkualiti dan berlumpur sekiranya hujan di kawasan Kundasang.

"Air Sungai Liwagu mengalir dari Sungai Mesilau di Kundasang yang mempunyai aktiviti penanaman sayur dan menggunakan baja serta racun serangga yang akan mengalir ke dalam sungai," katanya.

Ewon berkata pada mesyuarat kabinet semalam, kerajaan juga bersetuju untuk melaksanakan satu kajian terperinci oleh Jabatan Mineral dan Geosains terhadap lombong Mamut Ranau.

Beliau berkata ini berikutan kebimbangan berlakunya rekahan pada tepi kawasan lombong akibat gempa bumi.

"Kita risau kalau ada lagi gempa bumi kuat berkemungkinan boleh menyebabkan tepi kawasan lombong dengan kapasiti air 22.6 meter padu akan runtuh.

"Ia boleh mengakibatkan kesan buruk dalam kalangan penduduk kampung yang tinggal di bawah kawasan lombong itu," katanya.

Senarai Perkhidmatan Online

Bancian

Hujan lebat boleh menjadi petanda awal berlakunya tanah runtuh.

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Menara Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (+603) 2161 1033
Faks: (+603) 2161 1036
Emel: info [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconBlogger-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon
isms
 

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.