Keratan Akhbar
A- A A+

KUNDASANG, 18 Jun (Bernama) -- Satu kajian kesan gegaran gempa bumi perlu dilakukan di kawasan bekas lombong Mamut Ranau, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Ewon Ebin.

Sehubungan itu, anggota Parlimen Ranau itu meminta agensi berkaitan khususnya Jabatan Mineral dan Geosains Sabah melakukan kajian tersebut.

Beliau berkata kajian ditumpukan jika terdapat rekahan pada dinding bekas lombong Mamut yang mempunyai kira-kira enam juta gelen air.

"Jika berlaku rekahan pada dinding lombong itu akan mengakibatkan bencana yang teruk kepada 20,000 penduduk dari 40 kampung yang tinggal di kawasan sekitar," katanya kepada pemberita selepas melawat tanah runtuh di Kampung Masilau dan Pusat Pemindahan di Mini Dewan Kundasang, di sini hari ini.

Lombong tembaga Mamut kini berstatus tanah negeri setelah pajakan lombong seluas 1,942 hektar kepada Syarikat Mamut Copper Mine Sdn Bhd (MCM) tamat tempoh pada 15 Feb 2003.

Dalam perkembangan lain, Ewon berkata beliau akan mencadangkan kepada kerajaan Persekutuan untuk membina sebuah loji rawatan air yang baharu di Ranau.

Ini kerana, katanya loji rawatan air sedia ada di Liwagu mendapat punca sumber air mentah tidak berkualiti dari sungai Masilau Kundasang.

Beliau berkata terdapat aktiviti pertanian penanamam sayur di kawasan tersebut dan penggunaan racun serangga mengalir ke sungai Masilau.

Ewon berkata kawasan cadangan pembinaan loji rawatan air itu terletak di sungai Mokodao iaitu 20 kilometer dari Pekan Ranau.

Katanya pembinaan loji rawatan air akan dapat mengatasi bekalan air terawat di Ranau sekiranya loji rawatan air sedia ada di Liwagu tidak dapat digunakan seperti yang berlaku pada masa sekarang, menyebabkan bekalan air terawat di daerah itu terputus.

Tutup Tutup
  • Bold
  • Italic
  • Underline
  • Stroke
  • Quote
 
  • 1000 patah perkataan sahaja lagi
   
 

Perkhidmatan Dalam Talian

Bancian

Pernahkah anda melawat Muzium Geologi?

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Bangunan Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (+603) 2161 1033
Faks: (+603) 2161 1036
Emel: info [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconBlogger-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.