Keratan Akhbar
A- A A+

gempabumi hotline

KOTA KINABALU, 17 Jun (Bernama) -- Rakyat negeri ini yang ingin mendapatkan maklumat terkini mengenai kejadian gempa bumi di Sabah boleh menghubungi Hotline Gempa bumi Kinabalu, kata Ketua Sumber Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Sabah (JMG) Jontih Enggihon.

Beliau berkata orang ramai boleh menghubungi hotline itu di nombor 088-260311 dari pukul 8 pagi sehingga 4.30 petang serta boleh mendapatkan maklumat menerusi laman Facebook Gempa bumi Kinabalu (Kinabalu Earthquake).

"Orang ramai juga boleh mengajukan soalan di laman sosial itu sekiranya terdapat kekeliruan fakta mengenai gempa di Sabah," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Pada 5 Jun lalu, gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter melanda Sabah menyebabkan 18 orang terkorban dan memusnahkan harta benda.

Gempa susulan yang berlaku selepas itu turut mengakibatkan tanah runtuh, banjir lumpur dan banjir kilat di sekitar kawasan berpusat gempa bumi di Ranau.

Perkhidmatan Dalam Talian

Bancian

Pernahkah anda melawat Muzium Geologi?

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Bangunan Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (+603) 2161 1033
Faks: (+603) 2161 1036
Emel: info [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconBlogger-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.