Keratan Akhbar
A- A A+

RANAU, 13 Jun (Bernama) -- Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Sabah hari ini mencadangkan supaya disediakan laluan mendaki baharu ke puncak Gunung Kinabalu.

Ketua Unit JMG Sabah Jontih Enggihom berkata laluan pendakian yang ada kini tidak selamat digunakan selepas kejadian gempa bumi 5 Jun.

Katanya, gempa itu mengakibatkan runtuhan batuan dari puncak Gunung Kinabalu terkumpul di KM 6.1 hingga KM6.9 menyebabkan ia tidak selamat untuk aktiviti pendakian.

"Keadaan runtuhan batu yang tidak stabil itu akan menyebabkan ia mudah jatuh dan menggelongsor ke bawah apabila berlaku gegaran kuat atau hujan lebat.

"Pada masa sekarang Gunung Kinabalu tidak selamat untuk didaki dan Taman-Taman Sabah juga tahu akan perkara itu," katanya kepada Bernama di sini.

Jontih berkata kesan gempa bumi yang berukuran 5.9 pada skala Richter itu turut mengakibatkan terbentuknya rekahan atau sesar di permukaan lereng gunung seperti terdapat di KM1.6.

Kerosakan teruk ini menyebabkan laluan di situ tidak dapat digunakan.

Katanya pihak JMG juga bersedia memberi kerjasama kepada Taman-Taman Sabah untuk menyediakan laluan baharu yang lebih selamat.

Jontih berkata sebuah peta di kawasan berisiko tinggi juga perlu dibuat terutamanya dari segi struktur kawasan yang terlibat.

Dalam pada itu, Jontih menerangkan bahawa gempa bumi 5 Jun itu bukan disebabkan oleh gunung berapi.

Katanya, Gunung Kinabalu bukan gunung berapi seperti anggapan sesetengah pihak.

Ia tidak pernah mengeluarkan lahar, kata beliau.

Katanya, pendapat mengenai Gunung Kinabalu sebuah gunung berapi yang mati dan tidak aktif perlu diperbetulkan.

"Saya ingin menjelaskan bahawa Gunung Kinabalu bukan gunung berapi tetapi merupakan batuan terobosan iaitu batuan granodiorite," katanya.

Mengenai air panas di Poring yang bertukar warna menjadi keruh, Jontih berkata ia bukan disebabkan tindakan gunung berapi tetapi kerana gegaran gempa bumi.

Beliau berkata gempa itu menyebabkan goncangan batuan di bahagian bawah kawasan air panas itu mengeluarkan keladak sehingga air menjadi keruh.

Katanya, JMG juga telah membuat pemeriksaan struktur pada Tasik Mamut dan mendapati ia tidak mengalami keretakan dan ia selamat kepada penduduk sekitar.

Senarai Perkhidmatan Online

Bancian

Hujan lebat boleh menjadi petanda awal berlakunya tanah runtuh.

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Menara Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (+603) 2161 1033
Faks: (+603) 2161 1036
Emel: info [at] jmg [dot] gov [dot] my

Lihat Direktori Bahagian/Pejabat Negeri

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconBlogger-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon
isms
 

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.