Keratan Akhbar
A- A A+

JOHOR BAHARU, 10 Jun (Bernama) -- Malaysia perlu mempertimbang untuk mewujudkan sebuah pusat bencana alam, yang berfungsi untuk mencerap dan menganalisa petanda awal bencana itu pada masa hadapan, kata seorang penyelidik hari ini.

Ketua Kumpulan Penyelidik Geokejuruteraan dan Geobencana Fakulti Kejuruteraan Awam Universiti Teknologi Malaysia, Prof Madya Dr Edy Tonnizam Mohamad berkata ketiadaan sebuah pusat yang mengkhusus kepada perkara itu secara bersepadu ketika ini, menyukarkan Malaysia untuk mempersiap negara dan rakyat bagi menghadapi bencana itu.

"Dalam peristiwa bencana gempa bumi di Ranau baru-baru ini, kami dapati mereka yang terkorban adalah pendaki Gunung Kinabalu.

"Kalaulah bahasa alam (petanda awal) ini dapat kita pelajari dan bangunkan, sudah tentu ia dapat membantu kita menghadapinya pada masa hadapan," kata beliau dalam sidang media di Universiti Teknologi Malaysia, di sini hari ini.

Edy berkata negara tidak mengalami masalah untuk menubuhkan pusat itu kerana telah mempunyai sejumlah kepakaran dalam pelbagai bidang untuk ditempatkan di pusat berkenaan.

"Kita tidak kekurangan pakar. Mereka kini dalam bidang masing-masing iaitu di Jabatan Meteorologi, Jabatan Pengairan dan Saliran serta Jabatan Mineral Geosains.

"Cuma ia tidak disepadukan. Bila ia disepadukan menerusi pusat ini, saya percaya, mereka boleh duduk bersama mengkaji bentuk-bentuk bencana alam," kata beliau.

Edy berkata penubuhan pusat seumpama itu telah dilakukan oleh negara luar seperti Amerika Syarikat (Amerika) dan Jepun.

Namun, dalam konteks ini, Malaysia tidak perlulah mengikut secara total modul dan sistem yang digunakan itu kerana risiko gempa bumi di Jepun dan Amerika adalah jauh lebih tinggi berbanding di sini.

Model penubuhan pusat itu perlu disesuaikan dengan keadaan negara kita, katanya.

Mengulas tentang potensi gempa bumi di Malaysia, Edy berkata kawasan di pantai timur Sabah adalah antara yang paling berisiko tinggi selain Sarawak, utara dan tengah Semenanjung Malaysia.

Ini adalah berdasarkan kajian dan data yang diperoleh daripada penyelidikan yang dijalankan pihaknya sebelum ini.

"Bagaimanapun, gegaran yang dihasilkan bersifat sederhana dan tidak mendatangkan kebimbangan melampau kepada penduduk setempat," kata Edy.

Perkhidmatan Dalam Talian

Bancian

Pernahkah anda melawat Muzium Geologi?

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Bangunan Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (+603) 2161 1033
Faks: (+603) 2161 1036
Emel: info [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconBlogger-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.