Keratan Akhbar
A- A A+

Beberapa lokasi di Sabah kini mengalami fasa penyesuaian yang mencetuskan gegaran susulan akibat gempa bumi magnitud 5.9, Jumaat lalu. Kesan seismik yang menyebabkan gegaran berukuran antara 1.6 hingga 4.0 magnitud itu dijangka berlarutan beberapa minggu hingga tekanan antara garisan pertembungan berdekatan pusat gempa kembali normal.

Kawasan garisan pertembungan bebaskan siri tekanan rendah.

Pakar Seismologi dari Universiti Malaya (UM), Dr. John Kuna Raj, berkata Ranau mengalami gempa susulan hampir dua bulan ketika mengalami fenomena sama dengan magnitud 5.1, 25 tahun lalu. Keadaan itu, katanya, adalah normal kerana kawasan sekitar garisan pertembungan pusat gempa melalui fasa penyesuaian dan membebaskan beberapa siri tekanan rendah.

"Gegaran susulan atau 'aftershock' lazimnya tidak sekuat tekanan gempa pertama yang dipendam selama 25 tahun".

"Bagaimanapun, sukar untuk diramalkan berapa lama gegaran susulan akan berlarutan kerana ia bergantung kepada beberapa faktor termasuk kadar pemulihan sepanjang garisan pertembungan".

"Penduduk di Ranau dan kawasan sekitar tidak akan menyedari gegaran susulan kurang daripada magnitud 4.0," katanya.

Kuna berkata, berdasarkan faktor geologi Sabah, usia bahan mineral dan batuan negeri itu lebih muda berbanding Semenanjung dan Sarawak.

Katanya, dataran geografi sekitar Sabah masih mengalami pertembungan disebabkan tekanan yang terpendam.

Senarai Perkhidmatan Online

Bancian

Pernahkah anda melawat Muzium Geologi?

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Menara Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (+603) 2161 1033
Faks: (+603) 2161 1036
Emel: info [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconBlogger-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.