Keratan Akhbar
A- A A+

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel menggesa industri perlombongan agar mempertimbang secara serius usaha membangunkan industri hiliran daripada hanya mengeksport bahan mineral mentah.

Beliau berkata membangunkan industri hiliran bagi bahan mentah yang diproses dan ditambah nilai akan menjadi satu lagi saluran bagi industri perlombongan.

"Ini akan membolehkan mineral mendapat harga yang lebih tinggi, kerana harga produk diproses tidak turun naik dengan mudah seperti bahan mentah," katanya ketika berucap pada majlis makan tengah hari tahunan Dewan Perlombongan Malaysia di sini Selasa.

Palanivel yakin industri perlombongan akan terus mencatatkan prestasi yang baik, dengan permintaan dalam negeri dijangka kekal berdaya tahan kerana projek mega termasuk MRT dan Tun Razak Exchange masih dijalankan.

"Kerajaan baru-baru ini mengumumkan pembinaan Lebuh raya Pan Borneo menghubungkan Sabah dan Sarawak dan pembinaan Jajaran 3 LRT dari Bandar Utama ke Klang.

"Semua projek mega ini memerlukan bahan mentah seperti agregat, pasir dan kelikir, simen dan keluli, yang akan meningkatkan permintaan bagi bahan-bahan mentah ini," katanya.

Walaupun berlaku kelembapan ekonomi tahun lepas, Palanivel berkata secara keseluruhan pengeluaran mineral dan logam menyaksikan peningkatan 8.2 peratus berbanding 2013, dengan peningkatan pengeluaran mineral seperti bauksit (daripada kira-kira 210,000 tan metrik pada 2013 kepada 965,000 tan metrik pada 2014) dan emas (dari 3.82 tan metrik kepada 4.30 tan metrik).

Pengeluaran mineral lain kekal hampir tidak berubah kecuali bijih besi, yang turun kepada 9.61 juta tan tahun lepas daripada 12.13 juta tan metrik pada 2013 disebabkan oleh penurunan harga dan permintaan yang lebih rendah dari China, katanya.

Sementara itu, Presiden Dewan Perlombongan Malaysia Datuk Seri Ajib Anuar berpuas hati dengan ikrar kerajaan untuk menjalankan penyelidikan berterusan bagi mengenal pasti potensi dan nilai sumber asli di bawah Rancang Malaysia Kesebelas bagi memastikan jaminan sumber asli.

Ini, katanya, akan membantu mewujudkan pangkalan data inventori sumber asli yang komprehensif bagi memudahkan membuat keputusan yang lebih baik dan menentukan tindakan sesuai yang diperlukan untuk memulihara dan menggunakan sumber asli secara mampan.

"Kami berharap strategi ini dan penggalakkan insentif fiskal yang lain akan mewujudkan persekitaran kondusif yang sesuai untuk sektor swasta melabur dalam sektor sumber logam dan mineral di negara ini," katanya.

Tutup Tutup
  • Bold
  • Italic
  • Underline
  • Stroke
  • Quote
 
  • 1000 patah perkataan sahaja lagi
   
 

Perkhidmatan Dalam Talian

Bancian

Pernahkah anda melawat Muzium Geologi?

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Bangunan Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (+603) 2161 1033
Faks: (+603) 2161 1036
Emel: info [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconBlogger-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.