Keratan Akhbar
A- A A+

01Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan Datuk Badrol Hisham Hashim (tengah) bersama Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Datuk Yunus Abdul Razak (kanan) melihat dengan lebih dekat debu gunung berapi berusia 74,000 tahun lepas yang berbentuk batuan ketika ditemui di Kampung Padang Nyior, Padang SanaiKUALA NERANG, 27 April (Bernama) -- Debu gunung berapi berusia 74,000 tahun yang ditemui di Kampung Padang Nyior, Padang Sanai dekat sini akan digazetkan sebagai Tapak Terpelihara Geowarisan Kedah.

Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Datuk Yunus Abdul Razak berkata ia berlaku daripada letupan gunung berapi di Toba, Sumatera di Indonesia menyebabkan debu gunung berapi itu diterbangkan hingga ke barat laut.

Beliau berkata pihaknya menemui debu gunung berapi itu sejak 1980 di Serdang, Selangor; Lenggong, Perak; dan di Padang Nyior dekat sini sebelum kajian dilakukan pada 1990 hingga 1995.

"Kami jumpa satu batu berwarna putih ketika pencarian dilakukan. Kami dapati batu tersebut lebih ringan dan kami jalankan ujian di makmal sebelum mengesahkan ia adalah debu gunung berapi yang sama ditemui di Serdang dan Lenggong.

"Debu gunung berapi ini berada di merata-rata tempat di sekitar Padang Sanai seperti dalam sawah. Kami pilih di Kampung Padang Nyior kerana kawasan yang mempunyai debu itu tidak pernah diusik selain berdekatan jalan raya," katanya pada Majlis Perasmian Tapak Geowarisan Kedah Debu Gunung Berapi di sini hari ini.

Yunus berkata selain dijadikan produk geopelancongan di negeri ini pihaknya juga mahu kawasan tersebut dijadikan tempat untuk generasi akan datang mempelajari dan memahami fenomena alam yang berlaku.

02"Kami nak beri maklumat kepada masyarakat mengenai kisah daripada letupan gunung berapi di Toba 74,000 tahun lepas sehingga debu tersebut bertaburan di sekitar kawasan Padang Sanai dengan ketebalan 1.5 hingga 3.5 meter," katanya.

Majlis perasmian disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan Datuk Badrol Hisham Hashim.

Sementara itu Badrol berkata pihaknya akan menyediakan kemudahan asas seperti tandas dan surau untuk kemudahan pelancong tempatan dan luar termasuk pelajar sekolah yang melawat tapak debu gunung berapi itu.

Katanya kemudahan tersebut akan mula dibina selewat-lewatnya bulan hadapan dan pihaknya juga akan mengambil sebahagian kawasan debu gunung berapi itu daripada pemilik tanah.

"Semua kawasan yang ada debu gunung seluas 83.6 meter persegi dan kami akan bincang dengan pemilik tanah untuk kerajaan negeri ambil alih sebahagian daripada kawasan tersebut untuk digazetkan sebagai Tapak Geowarisan Kedah dan dimasukkan dalam kalendar Tahun Melawat Kedah 2016," katanya. 

Perkhidmatan Dalam Talian

Bancian

Pernahkah anda melawat Muzium Geologi?

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Bangunan Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (+603) 2161 1033
Faks: (+603) 2161 1036
Emel: info [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconBlogger-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.