Keratan Akhbar
A- A A+

zainolDatuk Zainol Fadzi PaharudinIPOH, 1 April -- Lembaga Air Perak (LAP) mengambil beberapa langkah termasuk menaik taraf loji rawatan air bagi memastikan bekalan air terawat yang berterusan untuk pengguna walaupun dalam keadaan musim panas yang memuncak.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Negeri Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata selain itu, pihaknya juga melaksanakan projek pembinaan kolam air simpanan bagi meningkatkan kapasiti takungan air mengikut keperluan.

Enam kolam air simpanan telah dibina dalam Rancangan Malaysia Ke-10 antara 2011 hingga 2015 manakala tiga lagi kolam di dalam peringkat pembinaan, satu kolam dalam proses tender dan satu lagi diperingkat reka bentuk.

"Bagi masalah bekalan air di kawasan luar jangka, LAP telah menyiapkan Pelan Respons Kecemasan yang boleh digerakkan untuk membantu penduduk yang terlibat dengan gangguan bekalan air nanti," katanya semasa menjawab soalan lisan Mohd Zawawi Abu Hassan (PAS-Gunung Semanggol) pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Selain itu, beliau berkata LAP sedang bekerjasama dengan Jabatan Mineral dan Galian (JMG) Perak untuk mengenal pasti punca-punca air bawah tanah yang boleh dibangunkan di dalam kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti agak kritikal khususnya apabila berlakunya kekurangan air dalam kawasan tadahan air semasa musim panas.

"Berdasarkan Peta Hidrogeologi Perak, adalah didapati bahawa negeri Perak mempunyai simpanan air bawah tanah. Kajian kemungkinan untuk mengenal pasti sumber-sumber air bawah tanah akan dilaksanakan oleh JMG Perak, yang mempunyai tenaga pakar dalam bidang penerokaan air bawah tanah," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Masyarakat Sivil Datuk Shamsudin Abu Hassan berkata sehingga bulan Mac tahun ini, sebanyak 95 buah pasar raya termasuk kedai di Perak telah menyertai Kempen Penurunan Harga (KPH) 2015.

Peta HidroPerak1Beliau berkata antara pasar raya yang menyertai KPH ialah The Store, Mydin, Tesco, Billion, Tesco Extra serta Pacifik Hypermarket & Departmental Store.

"Manakala 68 buah premis perniagaan lagi adalah merupakan kedai yang menawarkan penurunan harga bagi barangan runcit, kelengkapan rumah, pakaian, kasut, aksesori telefon, jam, perabot, kelengkapan bayi, barangan sukan, beg dan aksesori wanita serta cermin mata," katanya menjawab soalan lisan Datuk Sham Mat Sahat (BN-Alor Pongsu).

Samsudin berkata KPH merupakan satu inisiatif kerajaan dengan kerjasama industri peruncitan bagi menawarkan barangan kegunaan harian terutama barang keperluan pada harga berpatutan.

"Penyertaan kempen ini adalah secara sukarela dengan peratusan penurunan harga antara 10 hingga 70 peratus. Tempoh minimum penurunan harga ialah selama 30 hari," katanya.

 

Sumber: BERNAMA, perakbn.my (foto)

Tutup Tutup
  • Bold
  • Italic
  • Underline
  • Stroke
  • Quote
 
  • 1000 patah perkataan sahaja lagi
   
 

Perkhidmatan Dalam Talian

Bancian

Pernahkah anda melawat Muzium Geologi?

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Bangunan Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (+603) 2161 1033
Faks: (+603) 2161 1036
Emel: info [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconBlogger-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.