Keratan Akhbar
A- A A+

dayang-bunting-lake-02Pulau Tasik Dayang Bunting diiktiraf sebagai landskap pulau paling luar biasa.

LANGKAWI (Bernama) -- Langkawi yang kaya dengan warisan geologi perlu dipromosikan sebagai destinasi pelancongan ilmu, satu cabang pelancongan di mana pengunjung boleh menambah pengetahuan mereka mengenai pulau legenda itu.

Tambahan dengan taraf Global Geopark yang diberikan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) lebih tujuh tahun lepas, Langkawi setanding dengan tapak warisan dunia lain termasuk Grand Canyon di Amerika Syarikat.

"Saya dimaklumkan di Grand Canyon, secara puratanya ada pengunjungnya yang telah pergi ke tempat itu lebih 15 kali, setiap setahun atau dua tahun sekali," kata Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu, Prof Emeritus Datuk Dr Ibrahim Komoo.

Oleh yang demikian, Langkawi perlu menyediakan lebih banyak kemudahan dan produk pelancongan untuk pelancong yang seumpama itu termasuk cenderahati bermutu tinggi memandangkan mereka bersedia berbelanja lebih untuk menimba pengetahuan.

"Penduduk di Langkawi seharusnya mengambil kesempatan daripada keadaan ini supaya mereka boleh meraih manfaat daripada taraf Global Geopark ini," kata Prof Ibrahim, yang juga pakar antarabangsa UNESCO Global Geopark Network (GGN), ketika memberi ceramah mengenai Langkawi Global Geopark di sini baru-baru ini.

DAPAT PENGIKTIRAFAN

Langkawi Geopark bukan sebarangan taman Geopark, kata Prof Ibrahim sambil menekankan fakta Gunung Machinchang di Langkawi adalah pembentukan batuan tertua di negara ini dan dianggarkan berusia 550 juta tahun.

"Di sini tanah besar Malaysia terbentuk. Sebelum ada tempat lain, Gunung Machinchang muncul daripada laut.

"Di samping Gunung Machinchang, Kilim Karst juga antara pembentukan batu kapur terindah sementara Pulau Tasik Dayang Bunting diiktiraf lanskap pulau paling luar biasa," katanya sambil menambah, Gunung Machinchang, Kilim Karst dan Tasik Dayang Bunting juga diiktiraf sebagai warisan di bawah taraf Geopark.

kilim-geo-forestKilim Karst antara pembentukan batu kapur terindah di negara ini.

Sehingga ini, sekurang-kurangnya 90 tapak warisan geologi di Langkawi telah dikenalpasti sebagai warisan alamiah yang perlu dipelihara.

PERANAN MASYARAKAT TEMPATAN

Sementara itu, Prof Ibrahim berkata masyarakat tempatan Langkawi perlu melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan yang cukup berhubung fakta geografi yang menarik tentang pulau tersebut supaya mereka boleh berkongsi dengan pelawat.

Di bawah konsep Langkawi Global Geopark, mereka yang berada di pulau itu diaggap sebagai 'Geoparkians', istilah yang merujuk kepada semua yang berkepentingan di pulau warisan geologi itu.

Bagi Prof Ibrahim, pihak yang berkepentingan itu bukan sahaja termasuk masyarakat tempatan atau agensi kerajaan tetapi juga pelawat ke pulau itu yang boleh turut sama memainkan peranan mempromosi Geopark berkenaan.

Kisah mitos dan legenda yang ada kaitan dengan lanskap semula jadi boleh juga digunakan untuk mempromosi dan memelihara Geopark ini.

"Sebagai contoh, kisah dongeng rakyat Langkawi pergaduhan antara dua gergasi iaitu Mat Chinchang dan Mat Raya yang berakhir dengan kedua-duanya bertukar menjadi gunung boleh menjadi kisah yang menarik pembentukan geologi di pulau ini," katanya.

Sebagai rumusan, Geopark adalah konsep holistik melibatkan pengiktirafan tapak warisan geologi untuki tujuan pemuliharaan, pendidikan umum dan pembangunan lestari.

Sumber - Berita: BERNAMA | Caption: Kosmo | Foto: tourism.gov.m, langkawitravel.my

Tutup Tutup
  • Bold
  • Italic
  • Underline
  • Stroke
  • Quote
 
  • 1000 patah perkataan sahaja lagi
   
 

Perkhidmatan Dalam Talian

Bancian

Pernahkah anda melawat Muzium Geologi?

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Bangunan Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (+603) 2161 1033
Faks: (+603) 2161 1036
Emel: info [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconBlogger-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.