Keratan Akhbar
A- A A+

aSumber gambarajah: Perlis Dolomite Industries

KANGAR, 27 Mac (Bernama) -- Perlis mempunyai simpanan bahan galian dolomit berkualiti tinggi yang berpotensi menyumbang hasil kepada kerajaan negeri.

Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Kedah, Perlis dan Pulau Pinang, Zainol Husin berkata bahan galian itu ditemui pada 1985 di Felda Rimba Mas, Padang Besar.

"Kajian yang dijalankan jabatan ini mendapati bahan mineral itu mempunyai kualiti tertinggi di Malaysia," katanya kepada pemberita selepas menutup kursus Pengenalan Kepada Mineral Perindustrian Untuk Kumpulan Pelaksana di sini pada Jumaat.

Kursus empat hari itu disertai 26 peserta dari seluruh negara.

Menurut Zainol, dolomit tersebut yang ditemui di kawasan berbukit di Felda berkenaan meliputi kawasan seluas satu kilometer persegi, berusia lebih 250 juta tahun dan dianggarkan mempunyai rizab berjumlah kira-kira 600 juta metrik tan.

Harga dolomit belum proses ialah kira-kira RM80 setan dan boleh meningkat lebih RM120 bagi 100 gram setelah diproses.

"Kualitinya sama seperti dolomit yang ditemui di Jerman, Amerika Syarikat, Sepanyol, India dan United Kingdom," tambahnya.

Antara kegunaan dolomit ialah untuk pembuatan batu bata berkualiti, baja, simen putih yang mempunyai daya tahan melebihi simen biasa, bahan tambahan membuat perabut dan bumbung bangunan.

Zainol berkata jabatannya akan memberi taklimat kepada kerajaan negeri mengenai perkembangan terbaharu penemuan tersebut tidak lama lagi.

Senarai Perkhidmatan Online

Bancian

Hujan lebat boleh menjadi petanda awal berlakunya tanah runtuh.

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Aras 8 dan 9, Menara PjH,
No. 2, Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 2, 62100 PUTRAJAYA.

Tel: (+603) 88716000
Faks: -
Emel: helpdesk [at] jmg [dot] gov [dot] my

Lihat Direktori Bahagian/Pejabat Negeri

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconBlogger-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon
isms
 

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.