Keratan Akhbar
A- A A+

Oso-Landslide-Area-2014-Lidar-MapOSO Landslide Area 2014 LiDAR Map - Gambar hiasan: informedinfrastructure.com

KUALA LUMPUR, 23 Mac (Bernama) -- Malaysia kini menggunakan sistem canggih dikenali 'Light Detection and Ranging' (LiDAR) bagi mengesan dan meramal bencana alam untuk pengurusan dan perancangan krisis bencana yang lebih efisien dan cekap.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr James Dawos Mamit berkata sistem tersebut kini digunakan agensi di bawah kementerian, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) bersama-sama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk pemetaan tanah runtuh di Cameron Highlands, Ipoh dan Lembah Klang.

"Sebagai contoh kami menggunakan LiDAR untuk melihat dan membincangkan masalah yang terdapat di Cameron Highlands dengan menggunakan teknologi ini.

"Teknologi ini boleh meramalkan kejadian tanah runtuh di kawasan hutan dan dipenuhi pokok, jadi kami boleh ukur dan tebang pokok. Kami juga boleh meramalkan ciri-ciri tanah sama ada bencana alam akan berlaku atau tidak.

"Diharapkan kami boleh menggunakan teknologi LiDAR ini dalam banyak bidang. Ia memang boleh digunakan di seluruh negara. Sebab sekarang selepas banjir besar di Gua Musang (Kelantan), kami perlukan teknologi seperti LiDAR supaya kementerian boleh buat perancangan berkaitan tebatan banjir," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Antarabangsa bagi Pelbagai Bencana dan Risiko 2015 (ISMHR 2015) di Universiti Teknologi Malaysia di sini, Isnin.

LiDAR adalah satu alternatif untuk teknologi pemetaan konvensional melibatkan kawasan lebih besar daripada beberapa ratus hektar dipetakan dengan lebih cekap dengan kos yang efektif.

Ia juga teknologi remote sensing yang mengukur jarak dengan menerangi sasaran dengan laser dan menganalisis cahaya pantulan.

Dawos berkata sebelum ini, pihaknya hanya mendapatkan imej kawasan bencana tertentu dari sudut pandangan atas dan bukannya secara terperinci dari kawasan pokok dan hutan ketika pemetaan dilakukan untuk mengesan aktiviti seperti pembalakan dan tarah bukit.

Beliau menarik perhatian, dengan adanya teknologi canggih tersebut, ia membantu pihak berkuasa membuat keputusan dengan pantas dan tersusun berkaitan pengurusan dan perancangan krisis bencana seperti pemindahan penduduk di kawasan berisiko dan mengelakkan kemusnahan harta benda dan alam sekitar.

"Apabila bencana alam berlaku, bagaimana kami menguruskan bencana dan risikonya? Aspek ini amat penting kerana kami perlu pindahkan penduduk ke tempat selamat daripada kawasan risiko bagi mengelakkan kemusnahan dan kematian.

"Sebolehnya, kami tidak mahu ada yang terbunuh dalam bencana alam. Jadi sebab itu kami perlukan teknologi seumpama ini untuk membantu kami," katanya.

Tutup Tutup
  • Bold
  • Italic
  • Underline
  • Stroke
  • Quote
 
  • 1000 patah perkataan sahaja lagi
   
 

Perkhidmatan Dalam Talian

Bancian

Pernahkah anda melawat Muzium Geologi?

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Bangunan Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (+603) 2161 1033
Faks: (+603) 2161 1036
Emel: info [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconBlogger-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.