Keratan Akhbar
A- A A+

DUNGUN, 9 Mac (Bernama) -- Cuaca panas dan kering sejak lebih sebulan lalu menyebabkan kira-kira 2.5 hektar kawasan tanah gambut di Kampung Tok Kah di sini terbakar.

Ketua Zon Dua Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Azmi Ab Rahim berkata kebakaran yang dikesan sejak Selasa lepas, telah memusnahkan beberapa hektar hutan di sekitar kawasan terbabit dan keadaan cuaca kering serta berangin memudahkan lagi api marak.

Katanya, sebanyak 21 anggota bomba ketika ini masih giat melakukan kerja-kerja pemadaman dan pemantauan berterusan bagi mengelak ia merebak ke kawasan lain.

"Pada tahun ini, kita mulakan pemantauan lebih awal berbanding tahun lepas. Hasilnya, kita dapati beberapa tompokan api telah dikesan sama ada ia terbakar secara semulajadi akibat musim panas atau sengaja dibakar oleh penduduk yang membuat kerja pertanian.

"Kita berjaya mengawal kebakaran tersebut, namun ada beberapa lokasi baharu kita kesan sedang terbakar dan kerja pemadaman sedang giat dijalankan," katanya kepada Bernama ketika ditemui di lokasi kebakaran di sini Isnin.

Azmi berkata kali ini, pihaknya mendapat bantuan dari beberapa agensi seperti Jabatan Mineral dan Geosains serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi memudahkan pihaknya mencari sumber air terdekat sekiranya kejadian sama berulang.

Jelasnya, JPS telah membuat beberapa empangan kecil di sekitar kawasan tersebut bagi memudahkan pihaknya mendapatkan sumber air yang terdekat untuk melakukan kerja pemadaman.

Pihak bomba tidak menolak kemungkinan sikap sesetengah penduduk yang melakukan aktiviti pembakaran terbuka untuk aktiviti pertanian menjadi punca kebakaran tanah gambut berkenaan, katanya.

Beliau turut mengingatkan pemilik tanah persendirian supaya lebih bertanggungjawab dengan tidak melakukan kerja-kerja pembersihan tanah dan pembakaran terbuka kerana dan ia boleh mengakibatkan kebakaran di kawasan tersebut.

Senarai Perkhidmatan Online

Bancian

Pernahkah anda melawat Muzium Geologi?

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Menara Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (+603) 2161 1033
Faks: (+603) 2161 1036
Emel: info [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconBlogger-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.