Keratan Akhbar
A- A A+

TUMPAT, 25 Jan (Bernama) -- Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia membina sebanyak 18 buah telaga tiub di Kelantan dalam usaha membantu penduduk yang terjejas banjir yang melanda negeri ini, bulan lepas.

Ketua Pengarahnya Datuk Yunus Abdul Razak berkata kesemua telaga tiub itu dibina di tiga jajahan iaitu Tumpat, Pasir Mas dan Kota Baharu.

"Kita bina telaga (tiub) sedalam tujuh meter yang berkemampuan membekalkan 3,500 gelen air dalam tempoh satu jam, ini merupakan inisiatif pihak kami.

"Fasiliti seperti pam dan barangan lain pula dibekalkan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan ini merupakan inisiatif untuk membantu meringankan beban mangsa banjir yang terputus bekalan air," katanya kepada pemberita pada majlis Penyerahan Telaga Tiub Sumber Air Tanah di Kampung Teluk Rejuna di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah Bahagian Perancangan Strategik JPM Datuk Shahlan Ismail dan Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Kelantan Che Abdul Rahman Jaafar.

Tanpa menyebut kos pembinaan kesemua telaga berkenaan, beliau berkata pembinaan telaga tiub ini khusus untuk membekalkan bekalan air untuk tujuan pembersihan di beberapa kawasan seperti di sekolah, masjid dan lain-lain.

"Ini memang untuk tujuan pembersihan sahaja dan kalau untuk minum, air itu perlu dimasak terlebih dahulu dan kita buat sekadar yang mampu untuk membantu orang ramai yang memerlukan (bekalan air) selepas banjir.

"Pembinaan telaga ini hanya mengambil masa selama paling lama dua hari untuk disiapkan, buat masa ini tiada perancangan untuk membuat (telaga tiub) tambahan kerana kita dapati bekalan air sudah mula pulih," katanya.

Sementara itu, Yunus berkata pembinaan telaga tiub di kawasan terputus bekalan air memang wajar dilaksanakan kerana kerja pembersihan kawasan yang terjejas banjir sukar untuk dilakukan tanpa bekalan air bersih.

"Ada sukarelawan yang datang untuk membuat kerja pembersihan tetapi bekalan air tidak ada, jadi kerja pembersihan tidak dapat dibuat...dengan adanya telaga tiub ini proses pembersihan kawasan yang terjejas banjir akan dapat dilakukan dengan lebih lancar," katanya.

Perkhidmatan Dalam Talian

Bancian

Pernahkah anda melawat Muzium Geologi?

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Bangunan Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (+603) 2161 1033
Faks: (+603) 2161 1036
Emel: info [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconBlogger-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.