Keratan Akhbar
A- A A+

C PC0002284MILIK KERAJAAN: Yunus (dua kiri) menyerahkan Laporan Akhir Kajian Sumber Pasir Laut Negara Fasa II-Perairan Sarawak kepada Naroden di Kuching, semalam. Turut kelihatan Vijayan dan Enggong (kanan).

KUCHING: Laporan Akhir Kajian Sumber Pasir Laut Negara Fasa II-Perairan Sarawak mengesahkan kewujudan sumber pasir laut yang boleh diubahasilkan berjumlah kira-kira 17 bilion meter padu di perairan negeri ini .

Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Malaysia Datuk Yunus Abd Razak berkata, jumlah isi padu pasir yang terdapat di perairan luar pesisir Sarawak itu berpotensi menjana hasil negeri sebanyak RM170 bilion pada kadar harga yang konservatif iaitu RM10 per meter padu.

“Manakala kadar royalti semasa RM1 per tan, potensi hasil bagi kerajaan persekutuan/negeri adalah dianggarkan berjumlah RM17 bilion,” katanya ketika berucap pada maljis penyerahan Laporan Akhir Kajian Sumber Pasir Laut Negara Fasa II-Perairan Sarawak kepada Kerajaan Negeri diwakili Menteri Muda Perancangan Sumber Datuk Mohd Naroden Majais.

Yunus memberitahu, kajian sumber pasir laut negara Fasa II Perairan Sarawak merupakan sebahagian daripada Projek Kajian Sumber Pasir Laut Negara yang melibatkan empat fasa kajian.

Kajian fasa kedua di Bawah Rancangan Malaysia Ke-9 yang pada mulanya dirancang dilaksanakan di Perairan Pantai Timur Semenanjung Malaysia telah diubah ke Perairan Sarawak berikutan permintaan sumber pasir lebih tinggi di Sarawak berbanding perairan Pantai Timur Semenanjung pada waktu itu, jelasnya.

Sementara itu Naroden dalam ucapan perasmian majlis penyerahan laporan itu berkata, rizab sumber pasir yang banyak itu akan dapat membantu memacu pembangunan di kawasan pesisir pantai terutama melibatkan tambakan laut serta pemulihan pantai seterusnya menjana ekonomi di persekitaran pantai Sarawak.

“Saya juga difahamkan kajian sumber pasir laut ini turut melibatkan kajian alam sekitar terperinci bagi memastikan penilaian komprehensif dapat dilaksanakan ke atas sesuatu kawasan sumber pasir laut yang telah dikenal pasti potensinya.

“Justeru maklumat hasil daripada kajian ini sangat penting kerana ia dapat digunakan oleh Kerajaan Negeri memastikan perlombongan pasir dapat dijalankan secara mampan dan impak alam sekitar diminimumkan terutama di sekitar kawasan taman laut, kawasan-kawasan terumbu karang, habitat perikanan dan isu-isu alam sekitar lain,” ujarnya.

Menteri Muda Di Pejabat Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan Bumiputera) itu menambah isu pencemaran dan pengekalan alam sekitar sudah menjadi isu penting yang menjadi kebimbangan semua pihak sehingga dijadikan agenda politik untuk menentang kerajaan.

Oleh itu katanya, dalam usaha kerajaan memastikan rizab dan bekalan mencukupi sama penting ialah mengekalkan keharmonian ke atas alam sekitar.

“Saya amat berharap agar pihak JMG khususnya JMG Sarawak dapat memainkan peranan sebagai agensi peneraju dalam memberi khidmat nasihat dan kepakaran teknikal dalam aspek pengurusan sumber dan perlombongan pasir laut di perairan negeri ini,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu Ketua Unit Geologi Marin JMG Malaysia Dr Vijayan dan Pegawai Kaji Bumi Unit Sumber Mineral JMG Sarawak Enggong Aji selaku wakil pengarah JMG Sarawak.

Tutup Tutup
  • Bold
  • Italic
  • Underline
  • Stroke
  • Quote
 
  • 1000 patah perkataan sahaja lagi
   
 

Perkhidmatan Dalam Talian

Bancian

Pernahkah anda melawat Muzium Geologi?

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Bangunan Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (+603) 2161 1033
Faks: (+603) 2161 1036
Emel: info [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconBlogger-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.