Keratan Akhbar
A- A A+

KOTA KINABALU, 11 Nov (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, melalui Jabatan Perlindungan Alam Sekitar, akan memohon RM200 juta daripada kerajaan persekutuan untuk memulihkan alam sekitar di kawasan bekas lombong Mamut, Ranau.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Pang Yuk Ming berkata berdasarkan kajian Jabatan Mineral dan Geosains Sabah yang dilaksanakan oleh perunding Osborne & Chappel Sdn Bhd dengan kos RM6.12 juta, mendapati kos merawat lombong berkenaan kira-kira RM185 juta dalam tempoh 10 tahun.

"Kementerian saya melalui Jabatan Perlindungan Alam Sekitar dan Jabatan Mineral dan Geosains akan terus melaksanakan pemantauan terhadap kualiti air di dalam dan luar kawasan lombong tersebut," kata Pang ketika menjawab soalan Chan Foong Hin (DAP-Sri Tanjong) dalam persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Menurut Pang, usaha pemulihan bekas lombong tembaga Mamut memerlukan usaha berterusan serta kerjasama daripada semua jabatan terutama Pejabat Hasil Bumi, Jabatan Tanah, Jabatan Mineral dan Geosains serta jabatan teknikal lain.

Katanya lombong tembaga Mamut kini bertatus tanah negeri setelah pajakan lombong seluas 4,800 ekar kepada Syarikat Mamut Copper Mine Sdn Bhd (MCM) tamat tempohnya pada 15 Feb 2003.

Pang berkata bekas lombong berkenaan mengalami degradasi alam sekitar khususnya pencemaran air akibat terhasilnya 'acid mine drainage' (AMD) di kawasan lubang utama (mine pit) bekas lombong.

Menurutnya kajian pakar-pakar daripada Universiti Malaysia Sabah serta pemantauan berterusan Jabatan Perlindungan Alam Sekitar (JPAS) dan Jabatan Mineral dan Geosains Sabah (JMG) Sabah mendapati air di dalam kawasan 'mine pit' adalah berasid dengan pH antara 2-3.

Katanya asid AMD berkenaan akan melimpah ke sistem aliran sungai berdekatan apabila berlakunya hujan namun ia akan mengalami pencairan dan nilai pH menjadi neutral (6-7) dan tidak lagi membahayakan alam sekitar.

Pang berkata walaupun pencemaran AMD berkenaan terkawal dan tertumpu di kawasan mine pit sahaja, kerajaan tetap melaksanakan tindakan proaktif untuk memastikan pencemaran air di kawasan berkenaan sentiasa terkawal.

Tutup Tutup
  • Bold
  • Italic
  • Underline
  • Stroke
  • Quote
 
  • 1000 patah perkataan sahaja lagi
   
 

Perkhidmatan Dalam Talian

Bancian

Pernahkah anda melawat Muzium Geologi?

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Bangunan Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (+603) 2161 1033
Faks: (+603) 2161 1036
Emel: info [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconBlogger-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.