Keratan Akhbar
A- A A+

1450879 893522053991196 8178066891873834233 n

Penemuan batuan rijang bukti ia berada dalam lingkungan marin lautan

POKOK SENA - Kawasan Bukit Larek, dekat sini kini diisytiharkan sebagai tapak Geowarisan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) selepas terdapatnya peninggalan batuan rijang.

Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Dato' Yunus Abdul Razak berkata, kawasan itu mula dijumpai pada 1980 oleh JMG hasi enapan jenis rijang berusia 290 hingga 230 juta tahun lalu.

Katanya, rijang adalah batuan terbentuk dari lautan dalam dan dibentuk oleh pengenapan sejenis fosil mikro iaitu radiolaria yang mati dengan tinggalan rangsa silika.

"Penemuan ini membuktikan kawasan Bukit Larek terbentuk dalam lingkungan marin lautan dengan kedalaman dua hingga empat kilometer di bawah dasar laut pada suatu ketika dahulu. Batu ini merupakan batu yang dahulunya dijadikan senjata seperti pisau dan tombak atau batu permata," katanya.

Majlis Perasmian Tapak Geowarisan itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Pengurusan Sumber Tenaga Manusia dan Pelancongan, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid. Mohd Rawi berkata, kerajaan negeri dan JMG akan bekerjasama bersama memajukan setiap kawasan yang digazetkan sebagai tapak geowarisan di negeri ini.

 Cetak 

Kedudukan bacaan Bukit Larek pada garis Latitud: 6°11'43.55" dan garis Longitud: 100°32'51.28".

Katanya, kini Kedah sudah menpunyai 14 tapak geowarisan yang perlu dipelihara. Beliau berkata, kerajaan akan memelihara kawasan geowarisan dengan menyediakan prasarana untuk kemudahan pelancong dan penyelidik.

"Kini, kerajaan negeri dan JMG akan mewartakan debu gunung berapi di Padang Sanai sebagai geowarisan sebagai satu lagi kawasan pelancongan di daerah itu. "Debu gunung berapi yang dikatakan berasal dari letusan gunung berapi Danau Toba sekitar 70,000 tahun lalu mampu menarik pelancong ke situ tidak lama lagi", katanya.

Sila layari artikel blog JMG Kedah/Perlis/Pulau Pinang bertajuk Warisan Fosil Mikro Bukti Batuan Di Bukit Larek, Pokok Sena Berada Sekitaran Laut Dalam dan Kenyataan Media JMG Bersempena Majlis Perasmian Tapak Terpelihara Geowarisan Negeri Kedah untuk maklumat selanjutnya.

Sumber foto dan keratan akhbar: En. Muhammad Mustadza Mazni

Tutup Tutup
  • Bold
  • Italic
  • Underline
  • Stroke
  • Quote
 
  • 1000 patah perkataan sahaja lagi
   
 

Perkhidmatan Dalam Talian

Bancian

Pernahkah anda melawat Muzium Geologi?

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Bangunan Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (+603) 2161 1033
Faks: (+603) 2161 1036
Emel: info [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconBlogger-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.