Keratan Akhbar
A- A A+

pix topright

Berkeluasan 210,000 hektar dengan 38,000 hektar kawasan berair berbentuk tasik buatan terbesar di Asia Tenggara, Tasik Kenyir nyata antara destinasi pelancongan popu­lar di negara ini.

Terbentuk daripada 15 sungai dan 340 pulau pelbagai jenis, panorama hutan hujan tropika yang menjadi rumah kepada beribu-ribu spesies flora dan fauna amat memukau.

Kawasan Tasik Kenyir juga dibentuk daripada pelbagai jenis batu-batuan pelbagai usia, mineral, land­skap dan fitur geologi unik hasil proses geologi yang mengambil masa ratusan tahun.

Di sebalik keindahan alam semula jadi di Tasik Kenyir ini, ramai belum mengetahui ia memiliki dua gua yang mempunyai 1001 cerita menarik untuk diterokai.

Terletak di dalam kawasan Taman Negara Terengganu, Gua Bewah dan Gua Taat adalah sebahagian bukit batu kapur yang menjadi sebahagian Tasik Kenyir.

pix gal1KEDUDUKAN Gua Bewah yang terletak di atas puncak bukit memberikan kelainan.

Meneroka kedua-dua gua ini saat berkunjung ke Tasik Kenyir menerusi Program Kembara Bersama Media Siri 3, 4 & 5 2014 Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, ia sesuatu berbeza dengan gua-gua yang pernah penulis kunjungi.

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia cawangan Terengganu nyata mempunyai mempunyai pelbagai cerita menarik mengenai gua-gua itu.

Dengan penemuan pelbagai fosil dan takik air, ia membuktikan gua-gua ini dulunya dipenuhi air.

Malah, melihat kedua-dua gua itu terutama Gua Bewah, timbul banyak persoalan bagaimana ia terbentuk.

Gua Bewah

Mempunyai pintu terbesar mengarah ke selatan dan panjang gua itu kira-kira 130 meter, Gua Bewah memiliki banyak cerita menarik.

Gua ini juga cukup menarik kerana pintu guanya terletak lebih kurang 500 meter dari jeti dan untuk meneroka, pengunjung perlu memanjat 99 anak tangga.

pix gal2KAWASAN sekitar gua Bewah.

Dengan kedudukan di puncak bukit, nama Bewah bermaksud ‘kenduri’, tetapi ketika memanjatnya penulis sedikit mengeluh kerana terpaksa memanjat 99 anak tangga untuk menggapai puncaknya.

Namun, apabila menamatkan pendakian, itulah nikmatnya kerana berpeluang melihat panorama alam cukup mempesonakan, sukar diucap dengan kata-kata.

Suasana mendamaikan itu memberikan semangat untuk meneruskan langkah demi melihat sendiri gua yang dulunya dikenali Gua Tahi Kelawar kerana banyak tahi kelawar di tangga dan dalam gua.

Sampai di pintu gua, kami ditunjukkan tapak ekskavasi yang juga lokasi di mana rangka manusia Zaman Mesolitik ditemui.

Selain rangka manusia, eks­kavasi yang dijalankan pada 1976 oleh Jabatan Muzium dan Persatuan Sejarah Malaysia Terengganu turut menjumpai serpihan tembikar, kapak batu dan sisa makanan termasuk tulang haiwan dan cengkerang siput sedut.

Di pintu gua ini juga menempatkan Mini Muzium dengan pelbagai gambar proses mencarigali bahan sejarah oleh ahli arkeologi. Kemudian kami dibawa meneroka gua ini sejauh 300 meter ke dalam.

Dek ketiadaan lampu suluh, cuma menggunakan cahaya telefon bimbit, kami menemui kesukaran melihat dinding gua.

Dengan usia geologinya iaitu 270 juta tahun yang dibuktikan daripada penemuan fosil yang dikaji, stalagtit dan stalagmit di Gua Bewah ini sudah berkulat disebabkan tiada titisan air yang mengandungi kalsium karbonat.

Bagaimanapun, di satu bahagian stalagtit yang masih aktif juga dijumpai dan menariknya ia berkilat. Di panggil mutiara gua, ia cukup unik dan menarik.

Takik air yang dijumpai di dalam gua ini membuktikan kawasan ini adalah laut cetek.

Melihat di sekelilingi gua ini, sesuatu yang cukup menarik dan menjadi tanda tanya adalah kedudukan gua itu kerana terletak di atas bukit, ia dikatakan ada penempatan suatu ketika dulu.

Tetapi sehingga sekarang, masih tidak diketahui dimanakah pintu masuk ke gua dari bawah atau bagaimana manusia boleh naik ke gua itu.

Gua Taat

Gua Taat berada lebih rendah dan ia terbentuk daripada proses pelarutan berterusan pada satah lemah batu kapur berjuta-juta tahun dulu.

Gua taat ini dikatakan hampir 50 hingga 70 peratus hayatnya berada di bawah paras air dan timbul selepas paras air tasik Kenyir surut. Justeru, sebelum mengunjungi gua ini, pastikan anda tahu pasang surut air tasik berkenaan.

pix gal3PEMANDANGAN Gua Taat.

Mula diterokai untuk kajian sejarah pada 1959, ada pelbagai penemuan seperti peralatan zaman dulu seperti tembikar dan sisa makanan yang dianggarkan berusia lima hingga 12,000 tahun daripada kebudayaan Hoabinh.

Untuk memasuki gua ini, ada tangga yang tersedia bagi memudahkan pengunjung memasukinya.

pix gal4TANGGA memasuki gua Taat tersedia bagi memudahkan pengunjung.

Sebaik saja memasuki gua ini, kawasan lapang yang agak kosong menanti.

Mungkin tidak keterlaluan jika penulis katakan bahawa saat itu penulis berada di tengah-tengah batu kapur dek ketinggian lantai dan siling gua itu yang rendah.

pix gal5LANTAI dan siling gua Taat yang rendah.

Fosil Bukit Bewah dan Bukit Taat

Fosil di Bukit Bewah dan Bukit Taat ini sudah lama diketahui. Jones (1966) dan Gobbett (1973) ada melaporkan penemuan fosil parafusulina yang berusia Perm Awal.

Kemudian beberapa penemuan penting dilaporkan Fontaine & Khoo (1990) dan Fontine et al. (1990) dan Fontine et al. (1990).

Bukit Bewah didapati kewujudan bioklas yang unik disebabkan kehadiran cengkerang tebal dan bersaiz besar, sekali gus membentuk lapisan yang berketabalan mencapai satu meter.

pix gal6KULAT yang bercahaya menarik perhatian.

Fauna ini dipercayai daripada spesies bivalva, Alatochonchidea yang hanya ditemui di tujuh lokasi di dunia.

Dengan pelbagai penemuan dan juga cerita tersendiri mengenai dua gua ini, penulis yakin ia adalah sesuatu yang cukup mengujakan.

Tutup Tutup
  • Bold
  • Italic
  • Underline
  • Stroke
  • Quote
 
  • 1000 patah perkataan sahaja lagi
   
 

Perkhidmatan Dalam Talian

Bancian

Pernahkah anda melawat Muzium Geologi?

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Bangunan Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (+603) 2161 1033
Faks: (+603) 2161 1036
Emel: info [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconBlogger-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.