Keratan Akhbar
A- A A+

NST Keratan Akhbar 17 9 2014 001

IPOH - Dalam usaha membangunkan semula sektor perlombongan di Perak, Menteri Besar Incorporation (MB Inc) hari ini menandatangani perjanjian persefahaman dengan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc Datuk Aminudin Hashim, perjanjian itu bagi membolehkan JMG menjalankan penyelidikan dan analisis geologi di kawasan berpotensi.

"Setiap daerah mempunyai sumber mineral sendiri, sebagai contoh di Pengkalan Hulu akan jadi hab untuk bijih timah, di Taiping terdapat bebola lempung. Kita bersama pihak JMG akan mengenal pasti kawasan yang boleh dibangunkan secara ekonomi," katanya di sini.

Terdahulu beliau mewakili MB Inc menandatangani perjanjian itu manakala JMG pula diwakili Ketua Pengarahnya Dato' Yunus Abdul Razak.

Majlis disaksikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

"Segala kepakaran yang ada di JMG akan digembleng. Kita yakin Perak akan menjadi pengeluar bijih timah yang terbesar di dunia menjelang 2020 selain kita yakin usaha sama ini dapat berkembang ke arah yang lebih dinamik dan berwawasan," kata Aminudin.

NST Keratan Akhbar 17 9 2014 002

Sementara itu, Zambry berharap anak-anak Perak dapat menimba ilmu dalam bidang mineral apabila Pusat Penyelidikan JMG di Kompleks JMG Ipoh di sini dinaik taraf sebagai fakulti penyelidikan sumber mineral di bawah Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS).

Beliau berkata cadangan awal menaik taraf pusat itu sudah dipersetujui oleh JMG dan akan dikemuka kepada kerajaan pusat.

"Ini merupakan Strategi Lautan Biru. Dengan pendekatan ini saya percaya ia dapat menambah kualiti pendidikan universiti di negara ini dalam konteks negeri Perak mahu menjadikan KUISAS sebagai universiti awam," katanya.

Perkhidmatan Dalam Talian

Bancian

Pernahkah anda melawat Muzium Geologi?

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Bangunan Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (+603) 2161 1033
Faks: (+603) 2161 1036
Emel: info [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconBlogger-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.